Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783168Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | K.G. Rampal, Prof. | en_US |
| dc.contributor.author | Suhaila Osman (P40226) | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-04-30T01:49:46Z | - |
| dc.date.available | 2026-04-30T01:49:46Z | - |
| dc.date.issued | 2010-01-04 | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783168 | - |
| dc.description.abstract | Setiap bidang pekerjaan mempunyai risiko atau hazad yang tersendiri. Sebagai seorang kakitangan kesihatan,mereka juga tidak terkecuali daripada menghadapi risiko ataupun hazad dalam menjalankan tugasan harian. Kajian ini adalah berkaitan dengan masalah gangguan seksual iaitu salah satu bentuk hazad psikologi yang dihadapi oleh jururawat terlatih wanita di tempat kerja. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk melihat prevalens kejadian gangguan seksual di kalangan jururawat terlatih wanita yang bekerja di hospital-hospital di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Malaysia dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Kajian ini merupakan satu kajian keratan rentas yang dilakukan ke atas 455 orang jururawat terlatih yang bertugas di 3 buah hospital kerajaan di Negeri Melaka. Keputusan kajian menunjukkan bahawa prevalens kejadian gangguan seksual di kalangan jururawat terlatih tersebut adalah 51.2%. Dapatan hasil kajian juga menunjukkan bahawa insiden gangguan seksual yang dialami dalam tempoh setahun yang lepas adalah 22.9%. Bentuk gangguan seksual yang paling kerap dialami adalah bentuk lisan (46.6%), ini diikuti dengan bentuk visual (24.8%), bentuk psikologi (20.9%), bentuk fizikal (20.7%) dan bentuk bukan lisan (16.7%). Kajian juga mendapati bahawa faktor profil diri mangsa adalah menyumbang kepada masalah ini. Mereka yang berwajah cantik, mempunyai tubuh menarik, peramah dan mudah mesra membuatkan seseorang itu lebih cenderung untuk diganggu secara seksual di tempat kerja. Sementara itu, mereka yang berperwatakan tegas dan garang pula adalah sebaliknya. Di kalangan mereka yang pernah mengalami gangguan seksual di tempat kerja, 74.7% mengalami gangguan psikologi disebabkan masalah tersebut. Masalah gangguan seksual di tempat kerja ini adalah satu masalah yang tidak harus dipandang ringan oleh semua pihak. Ini adalah kerana kesan daripadanya bukan hanya dirasai oleh mangsa malah juga oleh keluarga, rakan sekerja dan juga para pesakit yang di bawah jagaan mereka. Dari itu, pengendalian dan langkah-langkah pencegahan kejadian gangguan seksual di tempat kerja haruslah dilaksanakan oleh pihak pengurusan hospital bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi di masa akan datang. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
| dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | en_US |
| dc.rights | UKM | en_US |
| dc.subject | Sexual harassment | en_US |
| dc.subject | Nurses | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Kajian prevalens gangguan seksual dan faktorfaktor yang mempengaruhinya di kalangan jururawat terlatih yang bertugas di hospital-hospitaldi bawah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.description.notes | Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana" | en_US |
| dc.format.pages | 106 | en_US |
| dc.identifier.callno | HD6060.3.S947k 2010 9HUKM tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 00001585715 | en_US |
| dc.format.degree | Ijazah Sarjana Perubatan Masyarakat | en_US |
| dc.description.categoryoftheses | Terhad/Restricted | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Kajian prevalens gangguan seksual dan faktor_faktor yang mempengaruhinya di kalangan jururawat terlatih yang bertugas di hospital-hospitaldi bawah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.pdf Restricted Access | Partial | 8.89 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.