Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783167Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | K.G. Rampal, Prof. Dr. | en_US |
| dc.contributor.advisor | Hanafiah Mohd Salleh, Prof. Madya Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Nur Saadah Mohamad Aun (P32702) | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-04-30T01:44:01Z | - |
| dc.date.available | 2026-04-30T01:44:01Z | - |
| dc.date.issued | 2006-12-14 | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783167 | - |
| dc.description.abstract | Kajian ini membincangkan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi masalah sosial di kalangan pekerja asing yang menerima rawatan di sebuah hospital di Malaysia. Objektif kajian ini adalah bagi mengenalpasti masalah sosial dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Masalah sosial yang dikaji adalah masalah sokongan kewangan (bayaran rawatan, peralatan dan ubat-ubatan), sokongan emosi dan pengetahuan tentang penyakit. Sejumlah 142 responden telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa wujud hubungan yang bermakna di antara masalah sokongan kewangan dengan jantina (P=0.003), negara asal (P=0.006), jenis tempat tinggal/penempatan (P=0.02) dan hubungan dengan majikan (P=0.000). Begitu juga wujud perbezaan yang bermakna antara kumpulan yang mempunyai masalah sokongan kewangan dan tidak mempunyai masalah sokongan kewangan dari segi pendapatan sebulan (P=0.015) dan tempoh menetap (P=0.003). Dari segi masalah sokongan emosi pula, terdapat hubungan yang bermakna di antara masalah sosial tersebut dengan negara asal (P=0.002), hubungan dengan rakan-rakan (P=0.03) dan hubungan dengan majikan (P=0.008). Selain itu, wujud juga perbezaan yang bermakna antara kumpulan yang mempunyai masalah sokongan emosi dan tidak mempunyai masalah sokongan emosi dari segi umur (P=0.008) dan tempoh menetap (P=0.03). Bagi masalah pengetahuan tentang penyakit pula, hasil kajian mendapati hanya negara asal (P=0.001) dan hubungan kekeluargaan (P=0.02) yang menunjukkan hubungan yang bermakna. Kajian seperti ini tidak banyak lagi dilakukan di Malaysia. Diharap kajian ini dijadikan landasan kepada pengkaji-pengkaji lain untuk mengkaji tentang permasalahan sosial semasa sakit di kalangan pekerja asing. Begitu juga kepada pekerja sosial perubatan, diharap kajian seperti ini dapat membantu mereka memahami permasalahan pesakit warga asing sekaligus membantu meningkatkan dan mempercepatkan proses intervensi pesakit. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
| dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | en_US |
| dc.rights | UKM | en_US |
| dc.subject | Foreign Worker | en_US |
| dc.subject | Emigrants and Immigrants | en_US |
| dc.subject | Social Problems | en_US |
| dc.title | Faktor-faktor yang mempengaruhi masalah sosial di kalangan pekerja asing yang menjalani rawatan di sebuah hospital di Malaysia | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.description.notes | Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana" | en_US |
| dc.format.pages | 34 | en_US |
| dc.identifier.callno | HD8700.6.N974f 2006 9HUKM tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 00001403128 | en_US |
| dc.format.degree | Ijazah Sarjana Kerja Sosial Perubatan | en_US |
| dc.description.categoryoftheses | Terhad/Restricted | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Faktor-faktor yang mempengaruhi masalah sosial di kalangan pekerja asing yang menjalani rawatan di sebuah hospital di Malaysia.pdf Restricted Access | Partial | 10.4 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.