Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783020
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhairul Osman, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorGina Francesca Gabriel, Dr.en_US
dc.contributor.advisorWan Nur Syuhaila Mad Desa, Dr.en_US
dc.contributor.advisorNoor Hazfalinda Hamzah, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorNur Hazlin Hazrin Chong, Dr.en_US
dc.contributor.authorNaadiah Ahmad Mazlani (P125623)en_US
dc.date.accessioned2026-04-14T08:48:07Z-
dc.date.available2026-04-14T08:48:07Z-
dc.date.issued2026-02-09-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783020-
dc.description.abstractApabila kes kebakaran sengaja dilaporkan, pengesanan dan analisis sisa cecair mudah terbakar adalah penting untuk mengesahkan perbuatan khianat. Kekurangan data berkaitan kesan luluhawa dan pencuraian mikrob terhadap petrol di negara beriklim tropika menyukarkan pengamal forensik tempatan dalam siasatan kes arson. Kajian ini bertujuan untuk merungkai kesan kedua-dua proses tersebut terhadap petrol dalam tanah kelapa sawit dan tanah gambut. Kajian terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama melibatkan luluhawa petrol dalam makmal dan luar makmal. Sebanyak 1.5 mL petrol (1% v/v) dalam pelarut pentana digunakan sebagai kawalan bagi mengenal pasti profil organik mudah meruap. Dua replikat petrol sebanyak 10 mL setiap satu dibiarkan di dalam makmal dan tiga replikat di luar makmal sehingga proses luluhawa mencapai 10-95%. Bahagian kedua mengkaji luluhawa dan pencuraian mikrob terhadap petrol dalam dua jenis tanah berbeza dengan 20 μL petrol diletakkan ke dalam sampel tanah dan dibiarkan selama 7, 14, 21 hari. Semua sampel dianalisis menggunakan GC-MS bagi membandingkan kesan luluhawa. Analisis keputusan GC-MS menunjukkan kompaun sasaran petrol seperti yang diterangkan dalam ASTM E1618-19 masih dapat dikesan walaupun luluhawa mencapai tahap maksimum. Namun, dalam tanah, kompaun sasaran hanya dapat dikesan pada hari pertama dan telah tidak dapat dikesan pada sampel di antara hari yang ke-7 dan 21. Data penjujukan DNA menunjukkan corak perubahan mikrob berbeza antara tanah gambut dan tanah kelapa sawit di bawah pendedahan petrol. Tanah gambut menunjukkan perubahan dinamik dan daya tahan yang dipacu oleh kebolehtelapan serta kandungan organik yang tinggi, manakala tanah kelapa sawit mengekalkan struktur mikrob yang stabil. Peningkatan Chloroflexota dan Actinobacteriota serta penurunan Pseudomonadota dan Planctomycetota mencerminkan tekanan pemilihan oleh petrol dan berpotensi digunakan untuk menganggar tempoh pendedahan. Penemuan ini memberi maklumat kritikal kepada penyiasatan forensik kebakaran dengan kawasan persekitaran yang serupa. Perkara ini menekankan lagi kepentingan waktu pengumpulan bukti dalam mengekalkan integriti petrol dalam kes kebakaran sengaja.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectFiresetting Behavioren_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengenalpastian kesan luluhawa dan pencuraian mikrob terhadap petrolen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages162en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Kesihatanen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengenalpastian kesan luluhawa dan pencuraian.pdf
  Restricted Access
Full-text3.74 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.