Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782856
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoor Hassim Ismail, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorNorfazilah Ahmad, Dr.en_US
dc.contributor.authorShafizah Ahmad Shafei (P57082)en_US
dc.date.accessioned2026-03-31T03:06:53Z-
dc.date.available2026-03-31T03:06:53Z-
dc.date.issued2017-03-03-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782856-
dc.description.abstractSatu kajian keratan rentas telah dijalankan dalam kalangan pekerja industri yang terdedah kepada bunyi bising yang melibatkan pelbagai industri di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak pada Disember 2012 hingga Ogos 2013. Objektif kajian adalah untuk menentukan umur vaskular (UV) dalam kalangan pekerja yang terdedah kepada bunyi bising dan faktor- faktor yang mempengaruhinya. Seramai 334 orang responden telah terlibat dalam penyelidikan ini. UV responden telah ditentukan menggunakan photopletysmograph (PPG). Regresi logistik mudah (RLM) dan regresi logistik berganda (RLB) telah dijalankan bagi mengenalpasti faktor- faktor yang mempengaruhi UV para pekerja yang terdedah kepada bunyi bising berdasarkan data yang telah diperolehi daripada data pendedahan bunyi bising peribadi dan soal selidik. Secara amnya prevalens UV tinggi dalam kalangan pekerja adalah 42.8%. Pekerja yang terdedah kepada bunyi bising < 85 dB dan ≥ 85 dB adalah masing- masing pada 53.0% dan 47.0%. RLM menunjukkan setiap penambahan 1 tahun umur kronologi individu boleh meningkatkan ods UV sebanyak 0.13% (p=0.046); setiap penambahan 1mmHg tekanan darah sistolik, ods UV berkurang sebanyak 0.13% (p<0.001); setiap peningkatan 1mmHg tekanan darah diastolik, ods UV bertambah sebanyak 0.30% (p<0.001) dan setiap peningkatan 1 unit METS aktiviti berjalan/ berbasikal, ods UV dikurangkan sebanyak 0.63% (p=0.013). Walau bagaimanapun, RLB menunujukkan hubungan yang signifikan antara UV dan tekanan darah diastolik, IJT dan aktiviti berjalan/ berbasikal yang menjelaskan 14.9% daripada variabel bersandar. RLB menunjukkan setiap peningkatan 1mmHg tekanan darah diastolik, ods UV bertambah sebanyak 0.32% (p<0.001); setiap penambahan 1 kg/m2 IJT, ods UV berkurang sebanyak 0.46% (p<0.001) dan setiap peningkatan 1 unit METS aktiviti berjalan/ berbasikal, ods UV berkurang sebanyak 0.60% (p=0.019). Tiada hubungan yang signifikan antara UV dengan bunyi bising, kepatuhan pemakaian alat perlindungan pendengaran, stres dan faktor risiko kardiovaskular yang lain (merokok. IJT, corak pemakanan dan aktiviti fizikal). Kesimpulannya, UV para pekerja yang terdedah kepada bunyi bising dipengaruhi oleh faktor tekanan darah diastolik, IJT dan aktiviti berjalan/ berbasikal.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectPublic Healthen_US
dc.subjectHeart Disease Risk Factorsen_US
dc.subjectNoise, Occupationalen_US
dc.titleUmur vaskular pekerja industri yang terdedah kepada bunyi bising dan faktor- faktor yang mempengaruhinyaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada "Perakuan Doktor Falsafah"en_US
dc.format.pages143en_US
dc.identifier.callnoWA20.5.S525u 2017 9HUKM tesisen_US
dc.identifier.barcode00002191529en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Umur vaskular pekerja industri yang terdedah kepada bunyi bising dan faktor- faktor yang mempengaruhinya.pdf
  Restricted Access
Partial1.58 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.