Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782851
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShamsul Azhar Shah, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorFadzillah Kamaludin, Dato'en_US
dc.contributor.authorNoorsuzana Mohd Shariff (P62570)en_US
dc.date.accessioned2026-03-31T01:17:13Z-
dc.date.available2026-03-31T01:17:13Z-
dc.date.issued2016-06-07-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782851-
dc.description.abstractTidak banyak yang diketahui mengenai latar belakang resistan ubat anti tuberkulosis di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan kemandirian dan faktor-faktor yang mempengaruhi masa kepada kematian,faktor-faktor yang mempengaruhi kejadian resistan pelbagai ubat anti tuberkulosis (MDR-TB) dalam kalangan pesakit ini, serta mengeksplorasi faktor penghalang dan penggalak kepada kepatuhan terhadap rawatan. Kajian ini telah dijalankan di Institut Perubatan Respiratori. Kemandirian dalam kalangan pesakit resistan ubat telah dijalankan secara kohort retrospektif. Data diperoleh daripada rekod perubatan pesakit resistan ubat anti tuberkulosis yang telah disahkan makmal berdaftar bermula Januari 2009 hingga Jun 2013. Titik akhir yang diukur ialah mati. Kemudian, suatu kajian kes kawalan telah dijalankan dalam kalangan pesakit yang menerima rawatan anti tuberkulosis dari April 2013 hingga April 2014. Sejumlah 150 orang pesakit terlibat dalam kajian ini dengan 30 orang daripada mereka ialah kes dan 120 orang kawalan. Selain itu, temu bual mendalam telah dijalankan ke atas 12 orang pesakit tuberkulosis yang tidak patuh terhadap rawatan. Data di analisa dengan menggunakan SPSS untuk tetingkap versi 20.0 dengan aras keertian 0.05. Daripada 426 orang pesakit, 70.9% daripada mereka adalah resistan mono, 9.4% resistan poli, dan 19.7% adalah resistan pelbagai ubat anti tuberkulosis. Di akhir kajian, 53.8% (n= 229) daripada mereka sembuh, 10.3% (n= 44) tamat rawatan, 0.9% (n= 4) gagal rawatan, 19.7% (n= 84) cicir rawatan, dan 15.3% (n= 65) mati ketika rawatan. Keseluruhan, faktor peramal kemandirian dalam kalangan pesakit resistan ubat anti tuberkulosis adalah jangkitan MDR-TB (aHR= 2.23, 95% S.K 1.26-3.95), bangsa Melayu (aHR= 5.95, 95% S.K 2.30-15.41), Cina (aHR= 4.01, 95% S.K1.38-11.66), India (aHR= 3.76, 95% S.K 1.19-11.85), mempunyai sejarah penyakit jantung koronari (aHR= 6.82,95% S.K 2.16-21.50), sejarah penyalahgunaan dadah (aHR= 3.79, 95% S.K 2.07-6.93), dan ketidakpatuhan (aHR= 1.81, 95% S.K 1.01-3.27). Di dalam analisis yang berasingan , didapati bahawa HIV positif mempengaruhi secara beerti ke atas kemandirian dalam kalangan pesakit resistan mono dan resistan poli ubat anti tuberkulosis (aHR=3.74, 95% S.K 1.57-8.90), manakala faktor lain yang mempengaruhi kemandirian dalam kalangan pesakit resistan pelbagai ubat anti tuberkulosis adalah berat badan ≤35kilogram (aHR=21.42, 95% S.K 4.14-110.79), dan tibi ekstrapulmonari (aHR= 3.45, 95% S.K 1.23-9.65). Di dalam kajian kes kawalan, faktor yang mempengaruhi kejadian resistan pelbagai ubat anti tuberkulosis adalah sejarah pernah menerima rawatan anti tuberkulosis (aOR= 9.48, 95% S.K 3.12-28.77), calitan kahak positif pada bulan kedua rawatan (aOR= 6.82, 95% S.K 1.54-30.15), DOTS di klinik (aOR= 6.65, 95%S.K 1.92-23.03), dan tinggal di bandar kecil (OR= 4.88, 95% S.K 1.39-17.04). Pesakit tuberkulosis yang tidak patuh terhadap rawatan menyebut kurang pengetahuan tentang penyakit, sikap negatif diri sendiri, kepercayaan tradisional, salah faham atau persepsi negatif terhadap pemberi rawatan, kesan sampingan ubatan, stigma, masalah kewangan, kurang sokongan keluarga, dan komitmen masa bekerja. Manakala faktor yang menjadi penggalak mereka untuk meneruskan rawatan adalah kepercayaan terhadap kesan dan akibat buruk penyakit kepada kehidupan dan kesihatan mereka, hubungan baik antara pesakit dan pemberi rawatan, dan bantuan serta sokongan sosial daripada orang sekeliling. Kesimpulannya, penekanan yang lebih perlu diberikan kepada pengurusan pesakit resistan ubat anti tuberkulosis dengan ciri-ciri ini dan aktiviti mempromosi kepatuhan dalam kalangan pesakit perlu melibatkan pelbagai sektor yang disesuaikan kepada keperluan spesifik pesakit.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectTuberculosis Disease -- therapyen_US
dc.subjectTuberculosis, Multidrug-Resistanten_US
dc.titleAnalisis kemandirian dalam kalangan pesakit tuberkulosis resistan ubat anti tuberkulosis dan faktor risiko yang menyumbang kepada kejadian resistan pelbagai ubat (MDR-TB)en_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada "Perakuan Doktor Falsafah"en_US
dc.format.pages294en_US
dc.identifier.callnoWA20.5.N818a 2016 9HUKM tesisen_US
dc.identifier.barcode00002173560en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.