Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782705
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNormah Mustaffa, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorShahrul Nazmi Sannusi, Dr.en_US
dc.contributor.authorJamali Bujang Sanawi (P97275)en_US
dc.date.accessioned2026-03-06T01:52:58Z-
dc.date.available2026-03-06T01:52:58Z-
dc.date.issued2023-09-05-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782705-
dc.description.abstractPerubahan lanskap politik di Malaysia telah menimbulkan beberapa persoalan khususnya dalam konteks agenda media di laman sosial di negara ini. Peralihan dalam tampuk pemerintahan pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) turut memberi kesan terhadap organisasi media untuk mengadaptasi kepada perubahan ini. Justeru, kajian berkaitan Teori Penentuan Agenda di Malaysia wajar diperkembangkan dengan mengambil kira perubahan dalam senario politik tempatan dan anjakan platform media di negara ini. Kajian ini mengkaji bagaimana media arus perdana (Berita Harian dan The Star), media alternatif (Malaysiakini dan FMT) dan media kerajaan (RTM dan BERNAMA) menentukan agenda mereka dari aspek isu, atribut isu politik dan jaringan isu politik di laman Twitter dalam tempoh setahun pra dan pasca PRU14. Analisis jeda masa digunakan untuk meneliti corak penentuan agenda antara ketiga-tiga media ini. Sebanyak 7,533 ciapan daripada media arus perdana, media alternatif dan media kerajaan dalam tempoh setahun pra PRU14 (9 Mei 2017 – 9 April 2018) dan pasca PRU14 (10 Jun 2018 – 9 Mei 2019) telah dianalisis. Hasil kajian dalam tempoh setahun pra PRU14 menunjukkan media arus perdana dan media alternatif saling mempengaruhi dalam agenda kepentingan isu. Untuk agenda kepentingan atribut isu politik pula, media arus perdana berpengaruh dalam penentuan agenda kepentingan atribut isu politik media kerajaan. Manakala untuk agenda jaringan isu politik, media arus perdana dan media alternatif saling mempengaruhi dalam penentuan agenda jaringan isu politik. Hasil kajian dalam tempoh pasca PRU14 pula menunjukkan hanya media alternatif sahaja yang mempengaruhi agenda kepentingan isu media arus perdana. Media arus perdana tidak lagi berpengaruh terhadap pembentukan agenda kepentingan atribut isu politik media kerajaan. Media alternatif mempunyai pengaruh terhadap pembentukan agenda jaringan isu politik media arus perdana dan media kerajaan. Kajian ini turut menyumbang kepada penambahbaikan dimensi Teori Penentuan Agenda dan mengaplikasikan beberapa kaedah yang masih baharu dalam kesarjanaan Teori Penentuan Agenda di Malaysia.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationSocial Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectElections -- Malaysiaen_US
dc.subjectCampaign management -- Malaysiaen_US
dc.subjectMass media -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePenentuan agenda media Malaysia di laman Twitter dalam tempoh pra dan pasca Pilihan Raya Umum ke-14en_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages281en_US
dc.identifier.callnoJQ719.A5.J336 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007625en_US
dc.format.degreePh.Den_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penentuan agenda media Malaysia di laman Twitter dalam tempoh pra dan pasca Pilihan Raya Umum ke 14.pdf
  Restricted Access
Full-text3.26 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.