Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782683Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.advisor | Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, Dr. | en_US |
| dc.contributor.author | Nurul Adillah Mohammad Tormizi (P105394) | en_US |
| dc.date.accessioned | 2026-03-03T03:21:42Z | - |
| dc.date.available | 2026-03-03T03:21:42Z | - |
| dc.date.issued | 2025-06-08 | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782683 | - |
| dc.description.abstract | Pengajian tafsir di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia semakin berkembang kukuh dengan usaha penggubalan kurikulum silibus yang konsisten dan menyeluruh seiring dengan perkembangan kajian ilmu al-Quran terkini. Konsep Laṭā’if Qur’āniyyah adalah natijah atau hasil daripada proses tadabbur yang memfokuskan kepada aspek penghayatan kerohanian tasawuf dan penyucian jiwa (tazkiyah al-nafs) dengan kesepaduan tiga kerangka utama iaitu ᶜUlūm al-Quran, Asālīb al-Bayān dan kefahaman rukun al-Din. Kemunculan bidang baharu dalam kajian al-Quran ini semakin mendapat tempat dan mula diteroka secara meluas dan mendalam oleh pengkaji al-Quran. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji a) perbezaan dan persamaan Laṭā’if Qur’āniyyah dengan tafsir, takwil dan tadabbur, b) perkaitan konsep Laṭā’if Qur’āniyyah dengan seluruh subjek pengajian tafsir di IPTA Malaysia dan c) meneroka kedudukan konsep Laṭā’if Qur’āniyyah dalam pengajian tafsir di IPTA Malaysia. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes melalui kaedah temu bual secara mendalam dan separa struktur terhadap enam orang pakar tafsir dalam kalangan pensyarah di IPT Malaysia dan pengasas Tadabbur Centre. Data temu bual dirakam dan ditranskrip secara non-verbatim seterusnya dianalisis secara deskriptif dan tematik menggunakan kod dan tema tertentu. Kajian mendapati laṭā’if Qur’āniyyah adalah suatu hasil dan natijah yang mengandungi hikmah dan rahsia yang tersingkap daripada proses tadabbur al-Quran beraras tinggi berpaksikan ilmu intelektual al-Quran dan suluhan bimbingan kerohanian yang cemerlang sehingga di kurnia ilham dan fuṭuḥat daripada Allah SWT. Laṭā’if Qur’āniyyah mempunyai hubungan yang jelas dengan tafsir, takwil dan tadabbur namun berbeza dari segi pendekatan dan tahap penghayatan. Dalam konteks pengajian tafsir di IPTA Malaysia, kajian mendapati konsep laṭā’if Qur’āniyyah masih belum diterapkan secara sistematik dalam kurikulum walaupun terdapat kesedaran tentang kepentingannya. Oleh itu, kajian mencadangkan agar laṭā’if Qur’āniyyah diberi perhatian sebagai satu pendekatan tadabbur dan penghayatan al Quran yang dapat memperkasa kefahaman serta pembentukan jiwa Muslim melalui silibus pengajian tafsir di IPTA Malaysia. Implikasinya, kajian ini telah memberi nilai tambah penting dalam pendekatan kaedah tadabbur sedia ada sekali gus merancakkan kemunculan aliran pentafsiran moden baharu yang dinamakan sebagai ittijāhāt laṭā´ifiy. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
| dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | en_US |
| dc.rights | UKM | en_US |
| dc.subject | Qur'an -- Study and teaching | en_US |
| dc.subject | Qur'an -- Criticism, interpretation, etc. | en_US |
| dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
| dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
| dc.title | Aplikasi Lata'if Qur'aniyyah dalam pengajian tafsir di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia | en_US |
| dc.type | Theses | en_US |
| dc.format.pages | 357 | en_US |
| dc.identifier.callno | BP130.8.N877 2025 tesis | en_US |
| dc.identifier.barcode | 007788 | en_US |
| dc.format.degree | Sarjana Pengajian Islam | en_US |
| dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Aplikasi Lataif Quraiyyah dalam pengajian tafsir di Institut Pengajian Tinggi Awam IPTA Malaysia.pdf Restricted Access | Full-text | 2.85 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.