Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782681
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorA’dawiyah Ismail, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorHasanah Abd Khafidz, Dr.en_US
dc.contributor.authorShamilatul Sufia Abdullah (P95465 )en_US
dc.date.accessioned2026-03-03T02:50:48Z-
dc.date.available2026-03-03T02:50:48Z-
dc.date.issued2025-05-29-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782681-
dc.description.abstractKajian mendapati wanita sudah mula keluar bekerja secara aktif sejak dari era revolusi industri 3.0 hingga kini revolusi industri 4.0. Hal ini memerlukan wanita untuk menguasai industri automasi, robotik, kecerdasan buatan (Al), Mesin ke Mesin (M2M) dan internet benda (loT) yang mengubah cara dunia beroperasi secara umum dan cara kerja manusia secara khusus. Perkembangan ini merupakan cabaran kepada wanita berkerjaya sehingga memerlukan mereka untuk membuat perubahan gaya kerja dan menambah pengetahuan baharu berkaitan teknologi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kefahaman wanita berkerjaya mengenai emosi, mengenalpasti kefahaman wanita mengenai kesejahteraan emosi, mengkaji cabaran emosi wanita berkerjaya dalam era revolusi industri 4.0 dan menganalisis kaedah pengurusan emosi wanita berkerjaya dalam era revolusi industri 4.0. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Kajian ini mengumpul data melalui temu bual separa struktur ke atas 9 orang peserta kajian. Hasil kajian menunjukkan peserta kajian memahami dengan baik maksud emosi, yang merupakan perasaan yang dirasai oleh seseorang, yang merupakan refleksi daripada kejadian yang sedang dihadapinya. Hasil kajian juga menunjukkan emosi terbahagi kepada dua, iaitu emosi positif dan emosi negatif. Emosi-emosi ini dilalui oleh manusia setiap hari dalam berdepan dengan rutin dan cabaran kehidupan. Kesejahteraan emosi pula ialah apabila seseorang mempunyai emosi yang stabil, bermotivasi untuk melakukan tugasan seharian dan menambah baik prestasi kerja. Manakala, antara cabaran yang dilalui oleh wanita berkerjaya ialah kekangan jurang komunikasi, pertambahan beban kerja, pengetahuan mengenai teknologi, perubahan gaya kerja, serta tanggungjawab sebagai ibu dalam rumah tangga. Bagi pengurusan emosi, wanita berkerjaya memilih untuk menggunakan pendekatan kerohanian dan pendekatan melalui kaedah lain seperti aktiviti sukan, sokongan dari keluarga dan majikan, aktiviti bersama rakan-rakan, pengambilan makanan tambahan, dan peningkatkan kemahiran berkaitan teknologi. Implikasi kajian ini berguna kepada wanita berkerjaya, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang bertanggungjawab untuk memperkasakan program pemantapan emosi dan kesejahteraan emosi wanita dan keluarga, serta boleh dijadikan rujukan kepada unit sumber manusia bagi industri yang berkaitan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectWomen -- Psychologyen_US
dc.subjectWork -- Psychological aspectsen_US
dc.subjectWork environment -- Psychological aspectsen_US
dc.subjectWomen -- Employment -- Effect of technological innovations onen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleCabaran revolusi industri 4.0 kepada pengurusan emosi wanita berkerjaya di Shah Alam Selangoren_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages208en_US
dc.identifier.callnoBF481.S53 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007786en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Cabaran revolusi industri 4.0 kepada pengurusan emosi wanita berkerjaya di Shah Alam Selangor.pdf
  Restricted Access
Full-text2.37 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.