Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782604
Title: Menjelaskan sekretom sel stem dari tisu adipos (ADSC) dan sel epitelium kornea telomerase-terabadi manusia (hTCEpi) dan peranannya dalam proses pembezaan kornea
Authors: Yam Shen Lip (P119813)
Supervisor: Taty Anna Kamarudin, Dr.
Tan Jen Kit, Prof. Madya Dr.
Keywords: Mesenchymal Stem Cells
Adipose Tissue
Epithelium, Corneal
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 27-Aug-2025
Abstract: Sekretom adalah campuran kompleks molekul bioaktif yang dirembeskan oleh sel, yang telah muncul sebagai alat yang berpotensi dalam bidang perubatan regeneratif. Walau bagaimanapun, kandungan dan mekanisme kebanyakan sekretom masih kurang jelas. Penjelasan komponen ini adalah penting untuk memajukan dan memacu penyelidikan yang akan datang ke arah aplikasi klinikal. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan sekretom sel epitelium kornea telomerase-terabadi manusia (hTCEpi) dan sel stem dari tisu adipos (ADSC), dan menjelaskan fungsinya dalam mengaruh pembezaan kornea dalam ADSC. Medium terkondisi dari hTCEpi dan ADSC dikumpulkan setiap 48 jam, sebanyak dua kali dari kultur sel. Ia kemudian dianalisis menggunakan kromatografi cecair-spektrometri jisim (LC-MS), dan protein diklasifikasikan melalui sistem PANTHER. Protein yang dikesan dalam sekurang-kurangnya 75% (3 daripada 4) replika teknikal telah diklasifikasikan. Ekspresi penanda pembezaan kornea (CK3, CDH1, CX43), keupayaan stem (OCT4), dan sel stem limbal (ABCG2) dinilai dalam ADSC yang sedang membeza pada Hari 0, 9, dan 15 menggunakan qPCR dan immunositokimia. Sebanyak 640 protein memenuhi kriteria kerangkuman, 526 protein adalah unik kepada hTCEpi manakala 23 protein adalah unik kepada ADSC. Protein sekretom hTCEpi didapati terlibat dalam laluan isyarat seperti integrin dan keradangan diperantarakan-sitokin. ADSC yang terdedah kepada sekretom hTCEpi menunjukkan peningkatan ekspresi gen CK3 dan CDH1 pada Hari 9, diikuti dengan penurunan progresif dalam gen CX43 dan OCT4. Peningkatan berperingkat gen ABCG2 juga diperhatikan pada tahap transkrip. Penemuan ini mencadangkan kemungkinan sekretom hTCEpi mungkin telah menjadi sebahagian pendorong dalam pembezaan kornea dalam ADSC sambil menyokong keupayaan stem limbal, ianya memerlukan kajian lebih lanjut.
Pages: 118
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782604
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.