Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782474
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoor Hassim Ismail, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorKrishna Gopal Rampal, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorRafiza Shaharudin (P40854)en_US
dc.date.accessioned2026-02-20T03:47:36Z-
dc.date.available2026-02-20T03:47:36Z-
dc.date.issued2015-09-15-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782474-
dc.description.abstractTuberkulosis (tibi) merupakan hazad pekerjaan dalam kalangan pekerja hospital kerana mereka berkongsi ruang udara yang sama dengan pesakit tibi. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan risiko jangkitan tibi dalam kalangan pekerja hospital dan prediktor risikonya. Satu kajian keratan rentas dengan susulan telah dijalankan antara Disember 2008 hingga April 2010 di empat buah hospital kerajaan yang dipilih secara rawak mudah di Lembah Klang. Jangkitan tibi laten (JTL) dalam kalangan responden telah ditentukan melalui ujian QuantiFERON TB Gold In-Tube (QFT TB Git). Penentuan prediktor risiko JTL dilakukan melalui borang soal-selidik dan pengujian kehadiran asid deoksiribonukleik (DNA) kompleks Mycobacterium tuberculosis (KMTB) di udara secara ujian tindakbalas berantai polimerase. Responden kemudian telah disusuli selepas setahun bagi menentukan insidens tibi dan faktor risikonya. Prestasi ujian QFT TB Git telah dinilai melalui persetujuannya dengan ujian kulit tuberkulin (UKT) serta kadar konversi dan reversi dalam ujian berkala. Kadar positiviti pengesanan DNA KMTB adalah 16.6% dari 398 sampel udara yang diambil. Di tempat kerja yang berisiko tinggi, terdapat perbezaan yang bererti pada kadar pengesanan DNA KMTB (p=0.021) mengikut jenis pengudaraan di mana kadar pengesanan lebih tinggi di tempat kerja dengan sistem pengudaraan hibrid (23.3%) dan pengudaraan mekanikal (22.3%) berbanding pengudaraan semulajadi (7.9%). Kadar respons kajian ini adalah 90.8% dengan sejumlah 954 orang responden. Prevalens bagi JTL adalah 10.6% (SK 95%: 8.6%; 12.6%) dan faktor prediktor JTL yang bererti adalah tempoh perkhidmatan yang lebih lama [NOT 1.06 (SK 95%: 1.04; 1.09)], lelaki [NOT 3.77 (SK 95%: 1.58; 9.02)], tinggal serumah dengan pesakit tibi aktif [NOT 7.49 (SK 95%: 2.74; 20.46)], bekerja sebagai jururawat [NOT 6.52 (SK 95%: 1.94; 21.92)] dan bekerja di bidang bukan klinikal [NOT 3.61 (SK 95%: 1.11; 11.73)]. Sejumlah 769 (80.6%) orang responden telah disusuli selepas setahun dan menjalani ujian ulangan QFT TBGit bagi menentukan insidens JTL. Insidens JTL adalah 99 per 1000 pekerja (SK 95%: 79; 123 per 1000) dan faktor risiko yang bererti hanyalah bekerja di Jabatan Kecemasan [RRT 2.20 (SK 95%: 1.06; 4.55)]. Persetujuan antara ujian QFT TB Git dan UKT adalah baik pada titik penentu UKT 15mm [AC1: 0.76 (SK 95%: 0.64; 0.88)] sementara kadar konversi dan reversi bagi ujian QFT TB Git adalah tinggi terutamanya dalam kalangan responden dengan kepekatan interferon- dasar di sekitar titik penentu. Kajian ini telah mendapati prevalens JTL yang agak rendah berbanding dengan negara lain dengan beban tibi intermediat. Walau bagaimanapun, insidens tibi yang diperolehi adalah tinggi, setanding dengan negara lain dengan beban tibi yang tinggi dan intermediat. Responden yang bekerja di Jabatan Kecemasan mempunyai risiko jangkitan tibi dua kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang bekerja di tempat lain. Ujian QFT TB Git sesuai sebagai ujian saringan JTL namun penggunaannya dalam ujian berkala perlu kajian lanjut memandangkan kadar konversi dan reversi yang tinggi. Tempat-tempat kerja yang berisiko tinggi, terutamanya dengan sistem pengudaraan hibrid dan mekanikal, memerlukan sistem pengudaraan yang baik supaya udara yang tercemar dengan KMTB dapat dicairkan dan dipindahkan keluar. Ini penting bagi mengurangkan risiko pendedahan kepada pekerja hospital.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectPublic Healthen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleRisiko jangkitan tibi dalam kalangan pekerja hospital kerajaan di Lembah Klangen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Doktor Falsafah"en_US
dc.format.pages256en_US
dc.identifier.callnoWA20.5.R136r 9HUKM tesisen_US
dc.identifier.barcode00002173559en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Risiko jangkitan tibi dalam kalangan pekerja hospital kerajaan di Lembah Klang.pdf
  Restricted Access
Partial1.65 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.