Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782473| Title: | Pendedahan habuk logam (kobalt, kromium, dan nikel) dan kesihatan pernafasan dalam kalangan pekerja lelaki kilang keluli di Terengganu |
| Authors: | Nurul Ainun Hamzah (P57051) |
| Supervisor: | Noor Hassim Ismail, Prof. Dr. Shamsul Bahri Mohd Tamrin, Prof. Madya Dr. |
| Keywords: | Public Health Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 4-Aug-2015 |
| Abstract: | Pendedahan habuk di tempat kerja merupakan masalah biasa yang dikaitkan dengan penyakit pernafasan dan telah dikaji sejak berdekad lamanya. Walau bagaimanapun, data yang sangat terhad dan tidak lengkap telah didokumentasikan dalam kalangan pekerja keluli yang terdedah pada habuk tak organik yang dilaporkan mengandungi pelbagai jenis logam. Satu kajian keratan rentas telah dijalankan untuk mengenalpasti perhubungan antara pendedahan habuk logam (Co, Cr, dan Ni) terhadap kesihatan pernafasan dalam kalangan 424 pekerja keluli lelaki di Terengganu menggunakan persampelan rawak berstrata. Responden ditemuramah menggunakan soal selidik British Medical Research Council (BMRC) mengenai gejala pernafasan dan fungsi paru-paru diukur dengan menggunakan spirometer. Risiko habuk logam (Co, Cr, dan Ni) ditaksir berdasarkan Penilaian Risiko Kesihatan Kimia (CHRA) manakala pemantauan udara diukur melalui pendedahan peribadi dan persekitaran. Pendedahan kobalt dan kromium (IV) adalah 1-3 kali lebih tinggi daripada Had Pendedahan Dibenarkan (USECHH PEL) manakala nikel, PM2.5, PM10, dan TPM tidak melebihi nilai pendedahan piawai (ACGIH TLV dan US PEL). Prevalens batuk kronik, kahak kronik, ketat dada, dan sesak nafas masing-masing sebanyak 35.8%, 33.1%, 23.4%, dan 22.4%. Fungsi paru-paru responden (FEV1, FVC, dan %FEV1/FVC) lebih rendah berbanding fungsi paru-paru populasi sihat Malaysia. Kumulatif kromium menunjukkan perhubungan dengan batuk kronik (Adj OR = 1.69, SK 95%: 1.32 – 2.16), kahak kronik (Adj OR = 1.48, SK 95%: 1.21 – 1.82), ketat dada (Adj OR = 1.43, SK 95%: 1.20 – 1.69), dan kesukaran bernafas (Adj OR = 1.71, SK 95%: 1.34 – 2.19). Kumulatif kobalt menunjukkan perhubungan dengan batuk kronik (Adj OR=1.32, SK 95%: 1.05 – 1.67) manakala kumulatif nikel menunjukkan perhubungan dengan kesukaran bernafas (Adj OR= 1.04, SK 95%: 0.95 – 1.08). Merokok menunjukkan perhubungan dengan kesukaran bernafas (Adj OR = 1.06, SK 95%: 1.02 – 1.10). Sejarah penyakit pernafasan menunjukkan perhubungan dengan ketat dada (Adj OR = 2.14, SK 95%: 1.28 – 3.59) dan kesukaran bernafas (Adj OR = 1.93, SK 95%: 1.37 – 10.15). Kumulatif kromium juga menunjukkan perhubungan yang bererti dengan FEV1 (b= -0.249, p=0.024), FVC (b= -0.260, p = 0.014) dan %FEV1/FVC (b=-5.737, p<0.001). Sejarah penyakit pernafasan menunjukkan perhubungan dengan%FEV1/FVC (b= -1.452, p = 0.026) manakala kekerapan pemakaian topeng menunjukkan perhubungan dengan FVC (b = 0.263, p = 0.011). Merokok menunjukkan perhubungan dengan penurunan FEV1 (b= -0.013, p = 0.010) manakala penambahan Indeks Jisim Tubuh (IJT) menunjukkan perhubungan dengan penurunan FVC (b= -0.004, p = 0.043). Tempoh bekerja mempunyai perhubungan dengan penurunan FEV1 (b = -0.002, p = 0.019) dan FVC (b = -0.003, p= 0.037) manakala penuaan (umur) menunjukkan perhubungan dengan penurunan %FEV1/FVC (b = -0.030, p=0.029). Kesimpulannya, terdapat perhubungan dos-respons antara kumulatif pendedahan habuk logam (Co, Cr, dan Ni) terhadap peningkatan peratusan gejala pernafasan dan penurunan fungsi paru-paru. Kajian lanjutan secara terperinci tentang penemuan klinikal berhubung dengan risiko penyakit asma pekerjaan (OA) dan pneumokoniosis dalam kalangan populasi kajian adalah diperlukan. |
| Notes: | Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Doktor Falsafah" |
| Pages: | 343 |
| Call Number: | WA20.5.N974p 2015 9HUKM tesis |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782473 |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Pendedahan habuk logam (kobalt, kromium, dan nikel) dan kesihatan pernafasan dalam kalangan pekerja lelaki kilang keluli di Terengganu.pdf Restricted Access | Partial | 1.82 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.