Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782471| Title: | Prevalens genotip virus papiloma manusia (HPV) di kalangan pesakit karsinoma serviks prainvasif dan invasif di Malaysia |
| Authors: | Sayyidi Hamzi Dato’ Abdul Raub (P53440) |
| Supervisor: | Sharifah Noor Akmal Syed Husain, Prof. Dr. |
| Keywords: | Pathology Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 20-Aug-2015 |
| Abstract: | Jangkitan virus papiloma manusia (HPV) berkait rapat dengan kanser serviks prainvasif (neoplasia intraepitelial serviks atau CIN) dan invasif (ICC). HPV merupakan penyebab yang diperlukan bagi perkembangan kanser serviks invasif. Terdapat banyak kajian mengenai prevalens dan taburan genotip HPV telah dilaporkan secara meluas diseluruh dunia. Setakat ini, tiada kajian yang besar telah dijalankan untuk menentukan prevalens dan taburan genotip HPV di Malaysia. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan prevalens genotip HPV pada CIN dan ICC di Malaysia. Sebanyak 394 kes CIN dan ICC yang disahkan dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan tiga Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dianalisis dengan menggunakan tindak balas rantaian polimerase real-time (qPCR). Kaedah ini boleh mengenalpasti 12 genotip HPV berisiko tinggi (HR-HPV). HPV telah dikesan pada 88.3% kes; 44.0% pada CIN I, 88.0% CIN 2-3, 95.9% karsinoma sel skuamus (SCC), 84.3% adenokarsinoma (ADC) dan 83.3% pada karsinoma adenoskuamus (ADSQ). Prevalens HPV adalah lebih tinggi pada ICC (92.3%) berbanding dengan CIN (77.8%), p<0.001. Enam genotip HPV yang paling kerap dikesan pada ICC adalah HPV 16 (67.8%), 18 (40.2%), 58 (10.5%), 52 (10.1%), 33 (10.1%) dan 45 (9.8%). Etnik Cina menunjukkan peratusan positif HPV yang tertinggi (95.6%), diikuti oleh etnik Melayu (92.0%) dan India (77.8%), p<0.05. Prevalens HPV pada ICC adalah paling tinggi dalam kumpulan umur ≤39 (95.7%), p>0.05. Genotip HPV berganda adalah lebih kerap dikesan pada ICC (55.6%) berbanding CIN (35.2%), p<0.0001. Prevalens dan taburan genotip HPV adalah setanding dengan kajian-kajian lain di Asia. HPV 16 dan 18 adalah genotip HPV yang paling kerap dikesan pada kes ICC. Gabungan HPV 16 dan 18 pada kes ICC adalah 62.3%. Oleh itu, vaksin HPV 16 dan 18 akan memberi impak yang besar kepada pencegahan kanser serviks di Malaysia. Penghasilan generasi masa hadapan vaksin profilaktik HPV perlu mempertimbangkan HPV 33, 45, 52 dan 58 untuk mendapatkan perlindungan vaksin yang lebih meluas. Hasil kajian ini juga mencadangkan ujian dan protokol saringan DNA HPV jenis spesifik pada masa hadapan haruslah merangkumi enam genotip HPV ini untuk meningkatkan liputan saringan kanser serviks. |
| Notes: | Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana” |
| Pages: | 96 |
| Call Number: | QZ20.5.S274p 2015 9HUKM tesis |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782471 |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Prevalens genotip virus papiloma manusia (HPV) di kalangan pesakit karsinoma serviks prainvasif dan invasif di Malaysia..pdf Restricted Access | Partial | 1.34 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.