Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782453
Title: Dasar afirmatif di Malaysia: kajian mengenai Majlis Amanah Rakyat
Authors: Ab Bassit Husain (P83556)
Supervisor: Shamsul Amri Baharuddin, Prof. Ulung Datuk Dr.
Mansor Mohd Noor, Prof. Dr.
Kartini Khalid, Prof. Dr.
Keywords: Affirmative action programs -- Malaysia
Public policy -- Malaysia
Majlis Amanah Rakyat (Malaysia)
Economic development -- Government policy -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Jul-2025
Abstract: Kolonialisasi telah membawa banyak impak kepada negara jajahan termasuklah Malaysia. Berlakunya kepinggiran, kemiskinan dan ketidaksamarataan yang berlaku dalam masyarakat dan akhirnya ianya telah membawa kepada konflik dan pertentangan di antara kumpulan etnik dan sosial di dalam negara. Era pasca kolonial pula dengan cabaran pasaran, kerajaan dan keperluan masyarakat lagi menuntut governan yang adil kepada semua pihak berkepentingan terutama kebajikan rakyat. Maka dasar awam memainkan peranan yang amat penting dalam merekayasa perubahan dan keadilan untuk memastikan agar pengagihan terancang sumber sumber awam dan hasil pembangunan negara dinikmati setiap lapisan rakyat. Mengambil kira permasalahan tersebut, kajian ini melihat bagaimanakah governan di Malaysia melalui polisi dasar afirmatif telah membantu meningkatkan kedudukan sosioekonomi anak watan yang terpinggir dan dimiskinkan oleh kuasa penjajah yang mengaut kekayaan negara untuk agenda mereka. Kajian ini melihat peranan yang telah dilaksanakan oleh MARA sebagai sebuah agensi pelaksana utama dasar afirmatif di Malaysia. Bagi mencapai objektif kajian, kaedah analisis kandungan secara kualitatif menjadi pendekatan metodologi kajian ini untuk mengkaji amanah-amanah yang telah diberikan kepada MARA. Kajian dilakukan menggunakan dokumen rancangan rancangan Malaysia dan juga dokumen laporan tahunan MARA. Berdasarkan alat analisis, terdapat tiga amanah utama yang telah diamanahkan kepada MARA untuk dilaksanakan, iaitu amanah keusahawanan, amanah pendidikan dan amanah pelaburan dalam dunia korporat. Hasil analisis menunjukkan bahawa MARA telah memainkan peranan yang amat besar dalam membantu meningkatkan kedudukan ekonomi orang Melayu dari segi pendidikan, keusahawan dan pelaburan hingga boleh bersaing dan berkerjasama dengan pengusaha dan keusahawan rakyat Malaysia lain dan juga di peringkat antarabangsa. Kajian ini menunjukkan kefahaman mengenai kepentingan dasar awam dan governan yang baik akan menjadi kekuatan kepada pembangunan dan pembinaan bangsa Malaysia agar negara ini terus kekal bersatupadu, stabil dan maju.
Notes: Tesis ini tidak tersedia dalam bentuk bercetak (CD sahaja)
Pages: 631
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782453
Appears in Collections:Institute of Ethnic Studies / Institut Kajian Etnik (KITA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Dasar afirmatif di Malaysia kajian mengenai Majlis Amanah Rakyat.pdf
  Restricted Access
Partial731.38 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.