Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781892
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMazlan Ibrahim, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorMohamad Khairul Aswad Mohamad Zohari (P126758)en_US
dc.date.accessioned2025-12-22T06:52:31Z-
dc.date.available2025-12-22T06:52:31Z-
dc.date.issued2025-03-04-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781892-
dc.description.abstractKonsep riba dalam Islam merupakan satu isu kompleks yang sering menimbulkan pelbagai tafsiran dan perdebatan mendalam. Sejak zaman silam hingga era moden, konsep ini terus menjadi subjek penelitian yang mencabar akal para sarjana, ahli fiqh dan pemikir Islam untuk mentafsirkan maknanya dengan lebih tepat dan komprehensif. Hasilnya, keadaan ini menyebabkan ketidakseragaman pemahaman tentang konsep riba yang sebenar sehingga mengakibatkan kesukaran dan cabaran dalam pengaplikasian sistem kewangan moden. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk meneliti keseluruhan kalimah riba dalam al-Qur’an, membandingkan tafsiran ulama klasik dan kontemporari, menganalisis hubungan antara riba dan faedah bank, serta meneliti kesatuan makna kalimah riba dalam kerangka Islam. Kajian ini juga bertujuan menyelesaikan kekaburan ini melalui analisis mendalam terhadap lafaz riba dalam al-Qur’an. Metodologi kualitatif yang digunakan merangkumi tafsīr mawdu‘ i, analisis perbandingan, dan kajian konteks sejarah serta linguistik. Skop kajian meliputi analisis ayat-ayat al-Qur’an berkaitan riba dan tafsir-tafsir utama dari zaman klasik hingga kontemporari. Hasil kajian menunjukkan wujudnya tema evolusi dan kesinambungan konsep ribā al-fāḥishah yang merangkumi empat tema utama: riba diiktiraf (maqbūl) dan ditolak (mardūd) oleh Allah SWT, konsep pelarangan ribā al-fāḥishah agama samawi terdahulu, tradisi riba pada zaman Arab jahiliah, dan pelarangan menyeluruh dalam syariat Islam. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang konsep riba dalam Islam, menjelaskan evolusi dan aplikasi kontemporarinya, serta menyediakan asas untuk perbincangan lanjut mengenai implikasi etika dan praktikal dalam sistem kewangan moden.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectCorruption in the Qurʼanen_US
dc.subjectInterest (Islamic law)en_US
dc.subjectQur'an -- Criticism, Textualen_US
dc.subjectUsury -- Religious aspects -- Islamen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleLafaz riba dalam al-Quran berdasarkan tafsiran tematiken_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages269en_US
dc.identifier.callnoBP134.C59M657 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007774en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah)en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Lafaz riba dalam Al-Quran berdasarkan tafsiran tematik.pdf
  Restricted Access
Full-text2.9 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.