Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781891
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFariza Md Sham, Prof. Dato' Dr.en_US
dc.contributor.authorWafa Amni Fajuri (P116083)en_US
dc.date.accessioned2025-12-22T06:51:30Z-
dc.date.available2025-12-22T06:51:30Z-
dc.date.issued2025-02-10-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781891-
dc.description.abstractKepincangan akhlak yang berlaku dalam kalangan remaja sering dikaitkan dengan tahap sosioekonomi sesebuah keluarga. Kekurangan dari sudut ekonomi menjadi faktor negatif kepada penghargaan kendiri anak-anak asnaf yang tidak didedahkan dengan pengukuhan kerohanian. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menganalisis tahap pendidikan kerohanian dan penghargaan kendiri anak-anak asnaf di Pekan, Pahang. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan dengan menggunakan satu set soal selidik terhadap 254 responden di sekitar Pekan, Pahang dan teknik persampelan yang digunakan adalah teknik persampelan berkelompok. Data kajian dianalisis secara statistik deskriptif dan korelasi Pearson menggunakan komputer iaitu perisian SPSS versi 26. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa konstruk pendidikan kerohanian berada pada tahap “sederhana” dengan nilai (min=3.54) dan bagi konstruk penghargaan kendiri adalah “sederhana” dengan nilai (min=2.51) . Manakala hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pendidikan kerohanian dan penghargaan kendiri dengan nilai (r = 0.209, p = 0.001), tetapi hubungan yang lemah. Impikasi kajian ini mendapati terdapat keperluan untuk memperkenalkan pendidikan kerohanian dan program motivasi bagi meningkatkan penghargaan kendiri anak-anak asnaf, dengan sokongan pihak yang berkaitan seperti kerajaan, NGO, dan komuniti. Pendekatan ini dapat membantu anak-anak asnaf membina keyakinan diri dan mengatasi cabaran hidup.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMuslim youth -- Religious life -- Case studiesen_US
dc.subjectSelf-esteem -- Religious aspects -- Islamen_US
dc.subjectSelf-esteem in adolescence -- Religious aspects -- Islam -- Case studiesen_US
dc.subjectIslamic religious education of children -- Malaysia -- Pahangen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePendidikan kerohanian dan penghargaan kendiri anak-anak asnaf di Pekan, Pahangen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages107en_US
dc.identifier.callnoBP188.18.Y68W345 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007773en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islam (Pengajian Dakwah dan Kepimpinan)en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pendidikan kerohanian dan penghargaan kendiri anak-anak asnaf di Pekan, Pahang.pdf
  Restricted Access
Full-text1.42 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.