Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781889
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamarudin Salleh, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorWan Fariza Alyati Wan Zakaria, Dr.en_US
dc.contributor.authorAnnisa Nurzirda (P127632)en_US
dc.date.accessioned2025-12-22T06:49:32Z-
dc.date.available2025-12-22T06:49:32Z-
dc.date.issued2025-02-12-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781889-
dc.description.abstractIndonesia merupakan salah satu negara dengan penduduk Islam terbesar di dunia. Walau bagaimanapun, Indonesia terkenal dengan kepelbagaian budaya dan agama yang luas. Selain daripada menyediakan potensi dan kekayaan, kepelbagaian cenderung mencetuskan konflik dan perpecahan. Ini adalah cabaran bagi rakyat Indonesia. Pada masa ini, terdapat tiga fenomena yang berlaku di Indonesia, iaitu politik identiti, radikalisme dan kemiskinan. Islam sebagai agama majoriti di Indonesia mempunyai peranan penting dalam mengekalkan perpaduan dan membangunkan masa depan Indonesia. Syafii Maarif merupakan seorang cendikiawan Muslim terkemuka di Indonesia yang memberi perhatian serius terhadap isu-isu umat Islam, khususnya di Indonesia. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pemikiran Syafii Maarif mengenai masa depan Islam di Indonesia dan kaitannya dengan keadaan tamadun Islam dan mengetahui orientasi serta pandangan beliau tentang peranan Islam dalam membentuk masa depan Indonesia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, dengan melakukan analisis dokumen terhadap karya-karya Syafii Maarif dan temu bual bersama tokoh Muhammadiyah dan Maarif Institute for Culture and Humanity. Dapatan kajian ini memaparkan sumbangan Syafii Maarif kepada wacana tentang Islam dan masa depan Indonesia. Pada pandangannya, Islam mesti memainkan peranan utama dalam mempromosikan nilai-nilai demokrasi, toleransi dan keadilan sosial di tengah-tengah kepelbagaian yang wujud di Indonesia. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa orientasi dan penyelesaian Syafii Maarif mengenai masa depan Indonesia adalah berdasarkan penyelarasan antara prinsip Islam, Pancasila dan cabaran kontemporari. Gagasan ini digariskan dalam tiga tema utama iaitu Islam Wasaṭiyyah yang bercirikan moderat, progresif, substantif dan relevan dengan konteks moden, pembangunan pemikiran intelektual bangsa dalam membentuk generasi Islam yang bercirikan ulul al albāb, ulul al-nūhā, dan ulul al-abṣār, dan Islam Raḥmatan lil Ālamīn yang menekankan nilai universal dan menjunjung nilai kemanusiaan. Dapatan kajian ini dapat memberi gambaran tentang potensi sumbangan Islam dalam merumuskan dasar perundangan untuk menghadapi tantangan global dan tempatan di masa hadapan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectIslam -- Indonesia -- 21st centuryen_US
dc.subjectMaarif, Ahmad Syafii, -- 1935-2022en_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleIslam dan masa depan Indonesia dalam pandangan Syafii Maarifen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages183en_US
dc.identifier.callnoBP63.I5A566 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007771en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Islam dan masa depan Indonesia dalam pandangan Syafii Maarif.pdf
  Restricted Access
Full-text1.5 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.