Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781888
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAnwar Fakhri Omaren_US
dc.contributor.authorNur Asmaa' Nabilah Norhasharudin (P129827)en_US
dc.date.accessioned2025-12-22T06:47:55Z-
dc.date.available2025-12-22T06:47:55Z-
dc.date.issued2025-03-25-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781888-
dc.description.abstractDalam era digital ini, kanak-kanak semakin terdedah kepada penggunaan media sosial tanpa panduan yang jelas berasaskan syarak. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan tentang implikasi media sosial terhadap perkembangan sahsiah, pemikiran dan fizikal kanak-kanak. Justeru itu, kajian bertujuan mengenal pasti faktor keterlibatan kanak-kanak dengan media sosial, mengkaji pandangan syarak tentang penggunaan media sosial kanak-kanak dan menganalisis pengaplikasian konsep al-wilāyah oleh ibu bapa dalam pengawalan media sosial kanak-kanak. Kajian ini berbentuk kualitatif melalui analisis dokumen dan temu bual semi-berstruktur yang diaplikasikan bagi memenuhi objektif kajian. Analisis dokumen merangkumi rujukan kitab-kitab dan kajian lepas, manakala temu bual melibatkan lima informan pakar dalam perundangan Islam, media dan komunikasi serta kekeluargaan Islam. Data temu bual dianalisis secara tematik menggunakan perisian Atlas.ti. Hasil analisis mendapati bahawa penggunaan dan kebergantungan kanak-kanak dengan media sosial merupakan isu baharu yang semakin berkembang. Kajian ini mendapati penggunaan media sosial oleh kanak-kanak memberi implikasi terhadap sahsiah dan pemikiran mereka. Dalam konteks ini, penggunaan media sosial tidak dilarang menurut syarak, namun memerlukan kawalan yang sesuai berdasarkan penerapan prinsip maqasid syariah, kaedah fiqah dan fiqah al-awlawiyyāt. Seterusnya, terdapat lima elemen utama penyelesaian al-wilāyah iaitu nafkah, keselamatan, kesihatan mental dan fizikal, serta pendidikan merangkumi gaya hidup dan adab. Penekanan metode pendidikan Islam cAbdullah Nāṣih cUlwān didapati berkesan dalam proses pengawalan media sosial melalui keteladanan, pembiasaan, nasihat dan pengawasan mengikut tahap umur kanak-kanak. Ibu bapa juga disarankan untuk mengimbangi antara pengetahuan literasi digital dengan amalan praktikal melalui komunikasi dan pemantauan berperingkat. Kajian ini memberi sumbangan kepada bidang ilmu dengan menyediakan panduan berasaskan syarak bagi penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak serta memperkaya pemahaman konsep al-wilāyah dalam konteks kekeluargaan Islam. Kajian ini juga memberi implikasi terhadap dasar, khususnya dalam merangka garis panduan selari dengan syarak kepada ibu bapa dalam mengawal penggunaan media sosial anak-anak seterusnya membantu meminimumkan kesan negatif dan mempromosikan penggunaan yang bermanfaat.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectGuardian and ward (Islamic law)en_US
dc.subjectSocial media -- Religious aspects -- Islamen_US
dc.subjectChildren (Islamic law)en_US
dc.subjectParenting -- Religious aspects -- Islamen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleal-Wilayah terhadap kanak-kanak dalam penggunaan media sosial menurut perspektif syaraken_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages151en_US
dc.identifier.callnoBP158.G8N83 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007770en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islam (Syariah)en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Al-Wilayah terhadap kanak-kanak dalam penggunaan media sosial menurut perspektif syarak.pdf
  Restricted Access
Full-text724.13 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.