Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781884
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Irdha Mokhtar, Dr.en_US
dc.contributor.advisorNur Athiroh Masyaa’il Tan Abdullah, Dr.en_US
dc.contributor.authorAhmad Zaki Hamzah (P106352)en_US
dc.date.accessioned2025-12-22T06:40:42Z-
dc.date.available2025-12-22T06:40:42Z-
dc.date.issued2025-03-27-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781884-
dc.description.abstractGejala murtad yang berlaku di negara ini khususnya di Negeri Sembilan menimbulkan pelbagai implikasi dan polemik yang tidak berkesudahan. Kajian terdahulu lebih tertumpu kepada bentuk hukuman undang-undang yang pelbagai dan berbeza yang terdapat di setiap negeri selain menumpukan perbezaan proses pemulihan yang perlu dijalani oleh pemohon murtad. Namun begitu, tiada sebarang kajian yang berkaitan dengan cabaran daripada sudut perlaksanaan proses pemulihan terhadap pemohon murtad di Negeri Sembilan. Justeru, kajian ini menumpukan tentang faktor dan punca yang menyebabkan berlakunya permohonan murtad dalam kalangan masyarakat Islam. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor dan punca berlakunya murtad, mengkaji tahap kecenderungan pemohon murtad dan menganalisis cabaran proses pemulihan yang sedia ada. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan pendekatan kajian kes bagi mendapatkan data kajian. Seramai dua puluh empat orang responden yang terdiri daripada pemohon murtad yang telah memohon untuk murtad di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban dipilih sebagai responden kajian. Hasil kajian menunjukkan faktor utama yang menyebabkan kecenderungan pemohon membuat permohonan untuk murtad adalah disebabkan oleh faktor kekurangan pengetahuan tentang agama, faktor sekeliling, faktor kesempitan hidup dan krisis ekonomi. Berdasarkan kesemua faktor yang diperolehi tahap kecenderungan pemohon untuk murtad adalah kekurangan pengetahuan agama Islam iaitu sebanyak 62.5%, seterusnya pengaruh sekeliling adalah sebanyak 54.2%, manakala kesempitan hidup adalah sebanyak 2.67%, dan krisis ekonomi adalah sebanyak 1.83%. Analisis kajian ini juga menunjukkan cabaran utama kepada pihak yang berkepentingan untuk menjalankan sesi runding cara kepada pemohon murtad adalah kerana tidak terdapat satu modul khusus yang dibangunkan berdasarkan faktor dan kecenderungan pemohon untuk murtad. Implikasi daripada kajian ini diharap dapat membantu pihak berkepentingan seperti Jabatan Mufti Negeri untuk merancang dan membangunkan satu modul pemulihan yang lebih berfokus berdasarkan faktor dan kecenderungan pemohon yang membuat permohonan murtad di Mahkamah Tinggi Syariah.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectApostasy -- Islam -- Case studiesen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePendekatan proses pemulihan pemohon murtad di Negeri Sembilanen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages107en_US
dc.identifier.callnoBP168.A379 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007766en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pendekatan proses pemulihan pemohon murtad di Negeri Sembilan.pdf
  Restricted Access
Full-text1.73 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.