Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781843
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHaziyah Hussin, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorAlahmad, Asma Mohammad Mahmoud (P98356)en_US
dc.date.accessioned2025-12-16T08:43:02Z-
dc.date.available2025-12-16T08:43:02Z-
dc.date.issued2024-12-01-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781843-
dc.description.abstractWabak Coronavirus (COVID 19) yang melanda dunia telah memberikan impak besar kepada kehidupan manusia dari segi psikologi, ekonomi, sosial, pendidikan, dan keimanan. Dari segi psikologi, manusia terkesan dengan penyakit atau kesulitan yang menimpa mereka atau keluarga mereka. Wabak ini memberikan hambatan besar kepada masyarakat dari segi ekonomi, disebabkan oleh larangan pergerakan di antara bandar dan negeri, serta penjarakan sosial untuk mengekang penularan dan bahaya wabak ini. Penutupan sekolah turut memberi impak besar terhadap pelajar di semua peringkat, malah penutupan masjid serta pembatasan bilangan jemaah memberi kesan terhadap aspek keimanan masyarakat. Dalam keadaan ini, kajian yang melibatkan masyarakat diperlukan bagi mencari solusi dalam mendepani cabaran. Al-Quran menyajikan banyak ayat yang mendorong kesabaran dan keteguhan hati dalam diri orang mukmin dalam menghadapi cabaran. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji secara analitikal ayat-ayat berkaitan dengan syurga dalam al-Quran dan mengekstrak dimensi pendidikan yang memainkan peranan penting dalam menghadapi cabaran dan ujian. Kajian ini menggunakan pendekatan tafsir maudu’i dengan menumpukan kepada ayat-ayat yang membincangkan satu isu dan matlamat tertentu dalam menghadapi cabaran dan ujian. Kajian ini turut merujuk kepada hadis Nabi dan pandangan salafussoleh. Pendekatan analisis digunakan untuk mengkaji kesan keimanan dari dimensi pendidikan yang memberi impak kepada kehidupan seorang Muslim. Dapatan kajian telah menemui lima dimensi pendidikan yang memberi impak penting dalam menghadapi wabak, penyakit, dan ujian yang dihadapi oleh seorang Muslim iaitu: kesabaran terhadap kesulitan dan ujian, keteguhan dan amalan kebaikan sebagai asas untuk mengatasi bencana, kasih sayang sesama manusia untuk membantu mereka mengurangkan bebanan, penyaluran untuk membantu yang memerlukan yang menghasilkan perkongsian sosial dalam masyarakat, dan terakhir, taqwa serta kesannya dalam menghadapi cabaran dan ujian. Dapatan kajian ini diharapkan mampu memperkukuhkan keimanan seorang Muslim dan mendorong sikap positif dalam menghadapi cabaran, terutamanya dalam pandemik yang telah memberi kesan kepada seluruh dunia.en_US
dc.language.isoaraen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectParadise in the Qurʼanen_US
dc.subjectParadise (Islam)en_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleDimensi pendidikan dan keimanan dalam ayat-ayat al-Quran tentang syurga bagi menghadapi kesusahanen_US
dc.title.alternativeAb'ad al-tarbawiyah wa al-imaniyah li-ayat al-jannah fi al-Qur’an al-karim fi muwajihahi al-mihanen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages169en_US
dc.identifier.callnoBP166.87.A43 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007635en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Dimensi pendidikan dan keimanan dalam ayat-ayat Al Quran tentang syurga bagi menghadapi kesusahan.pdf
  Restricted Access
Full-text17.95 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.