Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781822
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAldrie Amir, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorNorshamshida Razak, Dr.en_US
dc.contributor.advisorNoorasiah Sulaiman, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorSuhailah Shamsudin (P115954)en_US
dc.date.accessioned2025-12-16T06:34:33Z-
dc.date.available2025-12-16T06:34:33Z-
dc.date.issued2025-10-03-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781822-
dc.description.abstractSungai Klang merupakan antara sungai paling tercemar di dunia dan menjadi penyumbang utama kepada pelepasan sisa plastik tidak terurus ke lautan. Tingkah laku tidak bertanggungjawab dan tahap kesedaran awam yang rendah dikenal pasti sebagai faktor utama pencemaran ini. Penglibatan masyarakat dalam inisiatif pembersihan sungai sama ada berstruktur atau tidak berstruktur adalah kritikal. Kajian ini bertujuan untuk menilai penglibatan awam dalam pembersihan sungai tidak berstruktur melalui dua objektif utama: (1) mengkaji hubungan antara tingkah laku pro-alam sekitar, efikasi kendiri hijau dan keyakinan hijau terhadap keinginan menyertai inisiatif pembersihan sungai, serta (2) menilai fungsi bank masa sebagai penyederhana dalam hubungan tersebut. Kajian ini berpaksikan Teori Penentuan Diri (Self-Determination Theory) (SDT) dan Teori Persepsi Kendiri (Self-Perception Theory) (SPT), dan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui soal selidik. Seramai 267 pengusaha bot kecil daripada Persatuan Bot Rekreasi Selangor (PBRS) dan Persatuan Nelayan Kawasan Pelabuhan Klang (PNKPK) telah terlibat dalam kajian ini. Hasil analisis model persamaan struktur (SEM-PLS) menunjukkan bahawa tingkah laku pro-alam sekitar (ꞵ = 0.316; t = 4.598; p = 0.000) dan efikasi kendiri hijau (ꞵ = 0.554; t = 6.322; p = 0.000) mempunyai hubungan yang signifikan dan positif terhadap keinginan menyertai inisiatif pembersihan sungai. Namun, keyakinan hijau (ꞵ = 0.183; t = 2.490; p = 0.013) tidak menunjukkan hubungan yang signifikan, dan Hipotesis 3 telah ditolak. Sementara itu, keputusan bagi Hipotesis 4, 5 dan 6 menunjukkan bahawa bank masa tidak mempunyai kesan penyederhanaan yang signifikan terhadap hubungan ketiga-tiga peramal dengan keinginan untuk terlibat (p > 0.05). Ini menandakan bahawa motivasi dalaman adalah lebih dominan, dan ganjaran seperti kredit masa tidak memainkan peranan penting dalam konteks kajian ini. Secara keseluruhannya, dapatan ini menyumbang kepada pengembangan teori motivasi dan tingkah laku alam sekitar dengan memperkukuh peranan efikasi kendiri dan tingkah laku pro-alam sekitar sebagai pemacu penglibatan sukarela. Implikasi praktikal disarankan kepada agensi pengurusan sumber air dan pembuat dasar bagi merangka strategi intervensi yang menekankan nilai dalaman dan bukan sekadar insentif luaran. Kajian masa depan wajar meneroka potensi sebenar bank masa secara lebih menyeluruh sebagai alat pengurusan sukarelawan dalam konteks kelestarian alam sekitar.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)en_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectEnvironmental behavior.en_US
dc.subjectEnvironmental protection -- Citizen participation.en_US
dc.subjectStream conservation -- Public participation.en_US
dc.subjectCommunity development -- Citizen participation.en_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePerilaku alam sekitar peramal keinginan untuk mengambil bahagian dalam inisiatif pembersihan sungai: fungsi bank masa sebagai penyederhanaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages247en_US
dc.format.degreePhDen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.