Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781717
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSharifa Ezat Wan Puteh, Prof Dr.en_US
dc.contributor.advisorIdayu Badilla Idris, Prof. Madya. Dr.en_US
dc.contributor.authorIzzah Syazwani Ahmad (P88621)en_US
dc.date.accessioned2025-12-10T04:08:57Z-
dc.date.available2025-12-10T04:08:57Z-
dc.date.issued2019-09-04-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781717-
dc.description.abstractRokok elektronik (Vape) adalah peranti elektronik yang digunakan bersama E-jus yang merupakan cecair yang mengandungi air, propanol glycol ataupun glycerine, perasa dan juga nikotin. Pada masa kini, penggunaan vape dalam kalangan pelajar universiti bukanlah sesuatu yang luar biasa memandangkan vape telah menjadi budaya atau tren yang sinonim dalam kalangan remaja. Kajian keratan rentas ini bertujuan untuk mengenalpasti statistik dan profil pengguna vape dalam kalangan pelajar universiti di Negeri Selangor. Pengumpulan data kajian dijalankan pada Ogos sehingga Disember 2016 melibatkan enam buah Universiti Awam/Swasta. Borang soal selidik kajian telah diedarkan secara rawak kepada kepada 1302 pelajar yang merupakan perokok atau pengguna vape atau bekas perokok. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden adalah pelajar lelaki (94.8%) dengan purata umur 21.15 ± 2.55 tahun. Kebanyakan responden adalah berbangsa Melayu (75.2%), belum berkahwin (98.0%), warganegara Malaysia (97.9%), sedang dalam pengajian di peringkat Ijazah (65.2%) dan tiada masalah kesihatan (92.1%). 40.3% responden menggunakan rokok tembakau dan vape (dwi-pengguna, DP), 20.4% menggunakan vape sahaja tetapi tidak merokok, 18.7% merokok sahaja, 14.1% menggunakan vape sahaja dan pernah merokok serta 6.4% pernah merokok tetapi tidak menggunakan vape. Median perbelanjaan rokok tembakau sebulan didapati lebih rendah (RM60, IQR: RM 32 – RM 150) berbanding vape (RM130, IQR: RM 60 – RM 230). Kebanyakan responden mendapat maklumat berkaitan vape melalui rakan-rakan pengajian (57.5%) dan mudah mendapat sumber vape daripada penjual kedai (37.9%). Mereka juga percaya bahawa vape adalah lebih selamat berbanding rokok tembakau (30.5%). Lima simptom kesihatan yang kerap dialami oleh responden semasa menggunakan vape adalah pening (14.4%), batuk (14.1%), sakit kepala (12.4%), ketagihan (9.8%) dan sakit dada (6.9%). Responden menggunakan vape kerana faktor keinginan diri sendiri (64.6%), kepercayaan peribadi (64.5%) dan pengaruh tren semasa (62.7%). DP adalah golongan yang mempunyai risiko tinggi bagi kesan kesihatan (62.4% ≥2 simptom, p<0.001), gangguan psikologi (45.8% kemurungan sangat teruk, p<0.001, 51.8% kebimbangan sangat teruk, p<0.001, 30.8% tekanan sangat teruk, p=0.052) dan ketagihan (p<0.001). Secara ringkasnya, kajian ini membuktikan bahawa penggunaan vape berpotensi menjejaskan kesihatan dan menyumbang kepada ketagihan, gangguan kesihatan mental dan pembaziran. Hasil kajian yang diperolehi boleh dijadikan indikator bagi tindakan intervensi selanjutnya supaya statistik penggunaan vape dalam kalangan pelajar dapat dikurangkan dan dicegah sebelum menjadi semakin parah.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectPublic healthen_US
dc.subjectResearchen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePrevalen dan kaitan penggunaan rokok elektronik (vape) dalam kalangan pelajar universiti terpilih di Selangoren_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages244en_US
dc.identifier.callnoWA20.5.I98p 2019 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002246482en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatanen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Prevalen dan kaitan penggunaan rokok elektronik (vape) dalam kalangan pelajar universiti terpilih di Selangor-compressed.pdf
  Restricted Access
Full-text4.8 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.