Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781686
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRozan Mohamad Yunus,Dr.en_US
dc.contributor.authorAndarany Kartika Sari (P95681)en_US
dc.date.accessioned2025-12-09T04:31:32Z-
dc.date.available2025-12-09T04:31:32Z-
dc.date.issued2023-11-16-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781686-
dc.descriptionFull-texten_US
dc.description.abstractPenggunaan bahan semula jadi dalam aplikasi tenaga termaju untuk mengatasi pencemaran alam sekitar dan krisis tenaga global menjadi perhatian penyelidik pada masa kini. Bakteria Selulosa (BC) ialah sebatian semula jadi yang dihasilkan oleh bakteria Acetobacter xylinum dalam kultur statik atau goncang. BC mempunyai sifat yang sangat baik seperti sifat mekanikal, kehabluran yang tinggi, kapasiti pegangan air yang tinggi dan kebolehtelapan yang tinggi dalam pelbagai aplikasi termasuk pembungkusan makanan, produk bioperubatan, elektronik dan tenaga. Namun kekonduksian proton bakteria selulosa sangat rendah sehingga kajian perlu dijalankan untuk meningkatkan kekonduksian pada membran bakteria selulosa. Oleh itu, objektif kajian ini adalah (1) untuk mengkaji kesan fosforilasi pada membran NdC terfosforilasi menggunakan asid fosforik terhadap sifat fizikokimia, (2) untuk menilai kesan fosforilasi membran NdC terfosforilasi terhadap sifat elektrokimia dan (3) untuk menilai prestasi sel tunggal membran NdC terfosforilasi untuk diaplikasikan sebagai membran elektrolit polimer. Kajian ini memfokuskan kepada penghasilan membran konduktif baharu yang dihasilkan daripada sisa cecair ubi kayu yang diperam dengan bantuan bakteria Acetobacter xylinum dalam kultur statik. Rawatan kimia menggunakan asid fosforik (H3PO4) dengan kepekatan yang berbeza (10 – 60 mmol) serta kaedah bantuan menggunakan gelombang mikro telah dijalankan. Pencirian menggunakan Fourier Transform Infrared (FTIR) dan pembelauan sinar-X (XRD) telah mengesahkan kejayaan proses fosforilasi tersebut, manakala analisis termogravimetrik (TGA) telah menunjukan fosforilasi NdC dengan H3PO4 berjaya meningkatkan sifat terma membran. Kesan kepekatan H3PO4 yang berbeza terhadap sifat fizikal membran telah dikaji yang mana membran NdC terfosforilasi dengan H3PO4 menunjukkan perubahan sifat fizikal yng ketara seperti ditunjukkan dalam analisis pengimbas mikroskop elektron (SEM), XRD, ujian mekanikal dinamik (DMA), ujian pembengkakan dan pengukuran sudut sentuhan. Membran NdC terfosforilasi dengan 20 mmol (NdC20) H3PO4 berjaya diubah suai dan mencapai kekonduksian proton dengan ketara (konduksi maksimum sehingga 7.9 x 10-2 S cm−1 pada 80 ºC). Di samping itu, MEA telah difabrikasi menggunakan membran NdC20 dengan 60 bt% Pt/C dengan muatan 0.5 mg cm−2 untuk anod dan katod. Keputusan menunjukkan bahawa ketumpatan kuasa yang tertinggi adalah 25 mW cm-2 yang diperoleh pada suhu operasi 40 ˚C untuk ujian prestasi sel tunggal. Secara kesimpulan, membran ini berpotensi untuk digunakan sebagai membran pertukaran proton kerana sifat terma dan kekondusian proton yang baik, mesra alam dan murah untuk aplikasi sel fuel.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM Bangien_US
dc.relationFuel Cell Institute / Institut Sel Fuelen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectBacterial cellulose (BC)en_US
dc.subjectBakteria Selulosa (BC)en_US
dc.titleMembran bakteria selulosa terfosforilasi dengan asid fosforik untuk aplikasi sel fuel membran pertukaran protonen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages104en_US
dc.format.degreeSarjana Sainsen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Fuel Cell Institute / Institut Sel Fuel

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
3.Membran bakteria selulosa terfosforilasi dengan asid fosforik untuk aplikasi sel fuel membran pertukaran proton .pdf
  Restricted Access
Full-text3.09 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.