Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781685
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMimi Hani Abu Bakar, Dr.en_US
dc.contributor.advisorHaryanti, Dr.en_US
dc.contributor.advisorZurina Muda, Dr.en_US
dc.contributor.advisorZurinah Tahir, Dr.en_US
dc.contributor.advisorShokri, Dr.en_US
dc.contributor.advisorAzhan, Dr.en_US
dc.contributor.authorAisyah Nadhirah Juhari (P97687)en_US
dc.date.accessioned2025-12-09T04:27:03Z-
dc.date.available2025-12-09T04:27:03Z-
dc.date.issued2024-01-26-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781685-
dc.descriptionFull-texten_US
dc.description.abstractPengetahuan STEM terutamanya mengenai tenaga hijau dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia masih lagi di peringkat yang rendah. Inisiatif bagi meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran STEM telah meliputi kajian-kajian dalam teknologi pembelajaran interaktif. Permainan berasaskan pembelajaran (PBP) telah dibuktikan dalam banyak kajian terkini dapat menerapkan minat pelajar dalam pembelajaran STEM. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan satu aplikasi permainan digital mudah alih berpendidikan bernama Wira MFC yang dapat memperkenalkan asas kepada pembelajaran tenaga bersih menerusi teknologi hijau sel fuel mikrob (MFC) yang diintegrasi dengan pembelajaran pengkomposan. Pembangunan permainan ini memberi penumpuan kepada penghasilan reka bentuk permainan seperti pembentukan kerangka teori, elemen permainan yang terpilih dan juga reka bentuk permainan. Kajian yang berbentuk kuasi eksperimen telah dijalankan terhadap 44 orang pelajar sekolah rendah di Bangi yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan. Kumpulan Rawatan akan diberikan masa untuk bermain aplikasi permainan digital mudah alih. Instrumen kajian yang digunakan ialah praujian dan pascaujian dalam bentuk soalan kuiz bagi mengukur perbandingan aras pengetahuan pelajar. Setelah itu, Kumpulan Rawatan dan juga Kumpulan Kawalan perlu menjalankan aktiviti amali berkaitan modul pembelajaran pengkomposan dan juga sel fuel mikrob bagi mendapatkan penilaian kefahaman pelajar di antara Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan. Bagi penilaian untuk aplikasi permainan Wira MFC ini, pelajar perlu menjawab soal selidik dalam bentuk google form bagi mendapatkan maklum balas mengenai keberkesanan aplikasi tersebut. Soal selidik tersebut telah diuji dengan analisis Alpha Cronbach dan memperoleh nilai α = 0.788. Hasil analisis praujian menunjukkan bahawa tiada perbezaan markah yang antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Kawalan. Nilai min skor bagi Kumpulan Rawatan adalah 54.79 (SD = 6.737) manakala Kumpulan Kawalan 53.80 (SD = 6.321). Setelah itu, hasil analisis pascaujian menunjukkan peningkatan min skor bagi Kumpulan Rawatan iaitu 88.92 (SD = 5.882) manakala Kumpulan Kawalan hanya meningkat sedikit sahaja iaitu 69.15 (SD = 10.378). Hasil aktiviti amali pengkomposan dan MFC juga menunjukkan keputusan yang baik bagi Kumpulan Rawatan dalam menghasilkan voltan MFC sebanyak 770 mV pada hari kesembilan, manakala voltan MFC Kumpulan Kawalan adalah lebih rendah iaitu 560 mV. Secara statistiknya, nilai ujian t yang diperoleh ialah p=.000 iaitu lebih kecil nilai alpha 0.005 menunjukkan perbezaan peningkatan markah ujian pasca yang signifikan bagi Kumpulan Rawatan. Justeru, Kumpulan Kawalan yang menerima pembelajaran melalui aplikasi permainan digital mudah alih pengkomposan dan MFC menunjukkan peningkatan dalam pemahaman pembelajaran.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFuel Cell Institute / Institut Sel Fuelen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectPermainan berasaskan pembelajaran (PBP)en_US
dc.subjectMobile computingen_US
dc.titleKeberkesanan permainan digital mudah alih pengkomposan dan MFC bagi pemahaman stem kanak-kanak sekolahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages140en_US
dc.format.degreeSarjana Sainsen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Fuel Cell Institute / Institut Sel Fuel

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
2.Keberkesanan permainan digital mudah alih pengkomposan dan MFC bagi pemahaman stem kanak-kanak sekolah.pdf
  Restricted Access
Full-text3.04 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.