Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781626
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHakim Zainalen_US
dc.contributor.authorMuhammad Afiq Mahazi (P85722)en_US
dc.date.accessioned2025-12-03T04:18:50Z-
dc.date.available2025-12-03T04:18:50Z-
dc.date.issued2020-08-20-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781626-
dc.description.abstractBidang Morfologi merupakan salah satu cabang ilmu penting yang perlu dikuasai oleh para pelajar dalam menguasai bahasa Arab. Berdasarkan kepada beberapa laporan kajian lepas, didapati bahawa tahap penguasaan para pelajar berkaitan bidang morfologi Arab ini masih berada pada tahap membimbangkan. Bagi mengatasi isu ini, penggunaan elemen morfologi yang bersesuaian dengan tahap para pelajar perlu ditonjolkan dalam buku teks bahasa Arab. Hal ini disebabkan peranan buku teks sebagai sumber rujukan utama dalam proses pembelajaran bagi seseorang pelajar. Justeru, objektif kajian ini dijalankan bagi meneliti jumlah kekerapan penggunaan perkataan berdasarkan kata nama dan kata kerja bagi setiap tajuk yang disentuh, mengklasifikasi kata nama dan kata kerja yang difokuskan serta mengukur tahap kebolehbacaan kata nama dan kata kerja dalam kandungan buku teks tersebut. Pemilihan metode kualitatif iaitu menganalisis isi kandungan buku teks al-Lughah al-cArabiyyah al-Mucasirah tingkatan satu yang menjadi korpus kajian ini. Selain itu, formula Khadijah Rohani digunakan bagi mengukur tahap kebolehbacaan Kata Nama dan Kata Kerja yang terdapat dalam buku teks ini. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis menggunakan Online Word Counter. Hasil kajian mendapati sebanyak 9046 perkataan yang mengandungi aspek morfologi berjaya direkodkan, kata nama sebanyak 72% (7218), dan kata kerja sebanyak 18% (1828) penggunaannya. Antara Kata Nama yang disentuh ism sahih, mamdud, maqsur, serta manqus, ism mufrad, muthanna, jamc, ism masdar, ism alah, ism makan dan zaman. Manakala kata kerja yang digunakan pula merangkumi ficl mudaric, ficl madi, dan ficl amar, ficl sahih, dan ficl muctal. Kajian mendapati bahawa pemilihan kata nama dan kata kerja yang dimuatkan dalam buku teks tersebut secara puratanya tidak selaras dengan tahap kompetensi penguasaan pelajar tingkatan satu. Justeru, diharapkan agar hasil kajian ini dapat membantu pihak yang berkaitan merencanakan sesuatu kaedah yang lebih baik dan berkesan khususnya dalam penyediaan buku teks bahasa Arab agar penguasaan bidang morfologi dalam kalangan pelajar dapat ditingkatkan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectArabic language -- Morphology -- Textbooksen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleAnalisis kekerapan penggunaan kata nama, kata kerja dan kebolehbacaannya dalam buku teks Al-Lughah Al-'Arabiyyah Al-Mu'asirahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages109en_US
dc.identifier.callnoPJ6131.M844 2020 tesisen_US
dc.identifier.barcode007704en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islamen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Analisis kekerapan penggunaan kata nama kata kerja dan kebolehbacaannya dalam buku teks Al Lughah Al Arabiyyah Al Muasirah.pdf
  Restricted Access
Full-text1.67 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.