Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781366
Title: Analisis sintaksis struktur pasif bahasa Arab melalui kerangka program minimalis
Authors: Mohd Hafizan Ab Halim (P92660)
Supervisor: Kaseh Abu Bakar, Prof. Madya Dr.
Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Prof. Dr.
Keywords: Arabic language -- Syntax
Arabic language -- Passive voice
Grammar, Comparative and general -- Passive voice
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Feb-2025
Abstract: Kajian ini mengkaji struktur pasif dalam Bahasa Arab melalui perspektif Program Minimalis terhadap aspek-aspek penting binaan sintaksis ayat pasif. Struktur pasif Bahasa Arab dalam kajian terdahulu adalah daripada Struktur Dalam (SD) ayat aktif, di mana pergerakan sintaksis dalam struktur ini berlaku berdasarkan keperluan pergerakan argumen dan penandaan kasus. Namun, dengan kemajuan teori tatabahasa generatif, terutamanya melalui Program Minimalis yang diperkenalkan oleh Chomsky, terdapat penambahbaikan yang memberi implikasi terhadap analisis struktur pasif ini. Kajian ini menganalisis struktur pasif yang melibatkan komponen kata kerja pasif (al-ficl al-mabni li al-majhul) dan pelaku ganti (naib facil). Objektif utama adalah bagi menjelaskan dan menganalisis bentuk variasi morfosintaksis, urutan kata, prinsip-prinsip Program Minimalis, serta analisis mendalam struktur ayat pasif berdasarkan pendekatan ini. Dengan menggunakan kerangka Program Minimalis, kajian ini berpendapat bahawa pendekatan FK Berlapis memberikan huraian yang lebih komprehensif mengenai struktur pasif Bahasa Arab. Analisis menunjukkan bahawa struktur pasif Bahasa Arab terdiri daripada dua lapisan utama, iaitu Frasa Kerja (FK) dan Frasa Kerja kecil (Fk), dengan keunikan dalam kepala k yang mempunyai dua jenis spek (spek berganda dan spek tunggal). Dapatan kajian juga mendapati bahawa pergerakan dalam ayat pasif didorong oleh keperluan penyemakan fitur kuat tak berinterpretasi dan berdasarkan konsep bahwa kasus adalah fitur tanpa nilai, kasus dalam ayat pasif disemak in situ tanpa mencetuskan pergerakan sintaksis. Fitur-fitur ini disemak melalui mekanisme SERASI, serta operasi pemadanan dan penilaian fitur. Selain itu, kajian ini mencadangkan bahawa penyemakan fitur EPP dalam Program Minimalis dapat menghuraikan struktur dengan urutan SV secara lebih memadai berbanding urutan VS. Secara keseluruhan, dapatan ini mengukuhkan kemampuan Program Minimalis untuk menjelaskan struktur pasif Bahasa Arab dengan berpada serta menyumbang kepada pengembangan pengetahuan dalam analisis sintaksis Bahasa Arab melalui kerangka Program Minimalis. Kajian ini penting kerana ia memperluas aplikasi Program Minimalis ke dalam analisis Bahasa Arab serta memberikan asas teori yang dapat digunakan oleh pengkaji lain dalam mengkaji struktur yang seumpamanya. Dengan memperkenalkan analisis yang lebih terperinci tentang struktur frasa pasif dalam Bahasa Arab, kajian ini dapat membantu dalam membangunkan teori sintaksis yang lebih universal.
Pages: 251
Call Number: PJ6151.M648 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781366
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Analisis sintaksis struktur pasif Bahasa Arab melalui kerangka program minimalis.pdf
  Restricted Access
Full-text4.69 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.