Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781361
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZuliza Mohd Kusrin, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorZainursyamimi Zakaria (P98313)en_US
dc.date.accessioned2025-11-20T01:25:28Z-
dc.date.available2025-11-20T01:25:28Z-
dc.date.issued2024-12-22-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781361-
dc.description.abstractPeningkatan populasi warga emas di dunia mengalami perkembangan yang pesat termasuklah di negara Malaysia. Dewasa ini menunjukkan senario di mana kebanyakan warga emas menghabiskan usia tua mereka di pusat jagaan. Penempatan warga emas di pusat jagaan dapat membantu mereka dalam mengamalkan ajaran agama dengan baik namun pelaksanaan program penghayatan amalan beragama untuk warga emas memerlukan perhatian yang lebih sebagai langkah persediaan dalam menghadapi Malaysia menuju Negara Tua 2030. Oleh itu, kajian ini dibuat untuk mengkaji konsep penghayatan agama untuk warga emas menurut Islam, mengenalpasti pelaksanaan program yang dapat memenuhi amalan beragama warga emas dan menganalisis keberkesanan program yang dijalankan terhadap penghayatan amalan beragama warga emas di Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kes. Metodologi kajian ialah analisis dokumen dan temubual. Pengkaji menemubual 3 orang pentadbiran yang bertanggungjawab dan berpengalaman dalam menguruskan program di Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah. Selain itu, pengkaji juga menemubual 16 informan yang menepati syarat-syarat kajian. Data terkumpul dianalisis secara deskriptif dan dipersembahkan mengikut tema berkaitan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konsep penghayatan agama untuk warga emas terbahagi kepada tiga elemen iaitu elemen akidah, elemen syariah dan juga elemen akhlak. Seterusnya, pelaksanaan program di Darul Insyirah telah dapat membantu memenuhi amalan beragama warga emas. Program yang dilaksanakan di pusat jagaan warga emas memberi kesan yang positif terhadap penghayatan amalan beragama warga emas. Keberkesanan program yang dijalankan membuktikan bahawa ia dapat meningkatkan amalan beragama warga emas. Kajian ini turut mencadangkan agar pusat jagaan warga emas sedia ada lebih teliti dalam merancang program yang memberi kesan kepada pemahaman ilmu yang baik terhadap warga emas dalam jangka masa yang panjang.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islamen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectOlder people -- Religious lifeen_US
dc.subjectPreaching to older people -- Malaysia -- Selangoren_US
dc.subjectOlder Muslimsen_US
dc.subjectIslam -- Customs and practicesen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleAmalan beragama warga emas melalui pelaksanaan program di Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages150en_US
dc.identifier.callnoBP188.18.O43Z35 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007670en_US
dc.format.degreeSarjana Pengajian Islam (Syariah)en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Amalan beragama warga emas melalui pelaksanaan program di Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah.pdf
  Restricted Access
Full-text2.01 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.