Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781124
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSalleh Amat, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorSalina Nen, Dr.en_US
dc.contributor.authorNorliza Abdul Razak (P71474)en_US
dc.date.accessioned2025-10-30T01:27:20Z-
dc.date.available2025-10-30T01:27:20Z-
dc.date.issued2024-08-12-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781124-
dc.description.abstractKajian ini bertujuan untuk meneroka bagi mendapatkan gambaran tentang ikatan kerjasama antara kaunselor dan klien dalam proses kaunseling di Malaysia. Kajian ini adalah satu kajian grounded theory yang menggunakan pendekatan kualitatif. Seramai sembilan orang kaunselor dan sembilan orang klien yang telah bersama-sama menjalani sesi kaunseling sebanyak tiga sesi dan ke atas bersama-sama telah dipilih untuk ditemu bual secara individu. Alat pengukuran bagi tujuan mengumpul data adalah dengan menggunakan Protokol Temu Bual Kaunselor dan Protokol Temu bual Klien. Data yang diperoleh dianalisis melalui perisian Atlas.ti (v8.4). Dapatan menunjukkan terdapat tujuh tema iaitu hubungan antara kaunselor dan klien, perkongsian matlamat klien dengan kaunselor, bantuan kaunselor, kebersamaan antara kaunselor dan klien, ikatan kerjasama berlaku dalam semua peringkat, kesediaan kaunselor dan klien dalam dan kepentingan ikatan kerjasama dalam proses kaunseling. Sementara itu, tema-tema yang terhasil berkaitan pengalaman kaunselor ialah tiga tema dalam komponen hubungan iaitu tema corak hubungan, keselesaan klien dan kepercayaan klien serta empat tema dalam komponen matlamat iaitu keberkesamaan matlamat kaunselor dan klien, pembinaan matlamat, peranan kaunselor dan peranan klien. Bagi komponen tugasan pula, terdapat empat tema iaitu peranan kaunselor, peranan klien, keselesaan klien dan perubahan klien. Berdasarkan pengalaman klien, hasil analisis data menunjukkan terdapat enam tema terhasil dalam komponen hubungan iaitu keselesaan klien, corak hubungan, kebebasan klien, kesediaan klien, keprihatinan kaunselor dan peranan kaunselor. Sementara terdapat empat tema dalam komponen matlamat iaitu bimbingan kaunselor, keyakinan klien, peranan klien dan pembinaan matlamat. Empat tema diperolehi untuk komponen tugasan iaitu peranan kaunselor, peranan klien, kebebasan klien dan keberkesamaan kanselor dan klien. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat enam tema elemen yang mempengaruhi ikatan kerjasama yang terdiri daripada kemahiran kaunselor, pengetahuan kaunselor, personaliti kaunselor, pendekatan kaunselor, komunikasi kaunselor dan sikap yang ditunjukkan oleh klien. Sementara itu, didapati pembentukan ikatan kerjasama dalam proses kaunseling bermula daripada sesi-sesi awal iaitu semasa sesi pertama dan kedua. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa komponen hubungan merupakan komponen yang dipentingkan oleh peserta kajian dalam kalangan klien berbanding dua komponen lain. Akhir sekali, kategori dan kategori utama (tema) yang muncul daripada data telah dibentuk menjadi cadangan kerangka substantif bagi ikatan kerjasama dalam proses kaunseling di Malaysia. Dapatan kajian ini diharapkan akan dapat memberikan input baharu kepada semua pihak dari segi pemahaman yang jelas berkaitan ikatan kerjasama dalam proses kaunseling di negara ini. Implikasi utama bagi kajian ini ialah dari segi penghasilan kerangka ikatan kerjasama dalam proses kaunseling di Malaysia yang akan dapat dijadikan panduan oleh kaunselor dalam usaha untuk meningkatkan kualiti sesi kaunseling yang dijalankan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectCounseling -- Malaysiaen_US
dc.subjectCounseling -- Methodologyen_US
dc.subjectInterpersonal relationsen_US
dc.subjectCounselor and clienten_US
dc.subjectCounseling -- Study and teachingen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleIkatan kerjasama antara kaunselor dan klien dalam proses kaunseling di Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"en_US
dc.format.pages539en_US
dc.identifier.callnoBF636.6.N677 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007585en_US
dc.format.degreePhDen_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Ikatan kerjasama antara kaunselor dan klien dalam proses kaunseling di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Partial1.17 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.