Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781120
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAida Hanim A. Hamid, Dr.en_US
dc.contributor.advisorAzlin Norhaini Mansor, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorHaslina Said (P80486)en_US
dc.date.accessioned2025-10-30T01:20:26Z-
dc.date.available2025-10-30T01:20:26Z-
dc.date.issued2024-08-16-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781120-
dc.description.abstractKepimpinan pengetua memainkan peranan yang penting dalam pembangunan profesional guru bagi meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan kualiti pengajaran guru. Pengetua yang tidak menggalakkan guru untuk belajar dan tidak menyokong aktiviti pembelajaran guru sudah pasti akan memberi kesan negatif kepada pembelajaran profesional guru. Justeru, guru yang kurang menguasai ilmu, kemahiran dan nilai secara konsisten yang boleh menjejaskan kualiti pengajaran. Tambahan pula, tahap efikasi kendiri guru kurang konsisten dalam memenuhi keperluan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap peranan pengetua sebagai pemimpin pembelajaran profesional, efikasi kendiri guru dan pembelajaran profesional guru di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Zon Selatan. Kajian ini turut mengkaji hubungan dan pengaruh peranan pengetua sebagai pemimpin pembelajaran profesional dan efikasi kendiri guru terhadap pembelajaran profesional guru. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menentukan efikasi kendiri guru sebagai pemboleh ubah mediator antara hubungan pengetua sebagai pemimpin pembelajaran profesional dan pembelajaran profesional guru. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan dengan populasi guru seramai 1033 orang dan sampel guru seramai 285 orang. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS). Analisis deskriptif dan inferensi telah digunakan bagi menjawab soalan dan hipotesis kajian. Hasil analisis deskriptif menunjukkan tahap peranan pengetua sebagai pemimpin pembelajaran profesional (min=4.11), efikasi kendiri guru (min=4.09) dan pembelajaran profesional guru (min=4.14) menunjukkan tahap yang tinggi. Terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara peranan pengetua sebagai pemimpin pembelajaran profesional dengan pembelajaran profesional guru (r=.561, sig=.000 (p<.005), antara peranan pengetua sebagai pemimpin pembelajaran profesional dengan efikasi kendiri guru (r =.569, sig=.000 (p<.005),) dan antara efikasi kendiri guru dengan pembelajaran profesional guru (r =.691, sig=.000 (p<.005). Pengetua sebagai pemimpin pembelajaran profesional menerusi pemimpin reflektif dan pembina memberi pengaruh terhadap pembelajaran profesional guru. Dalam kajian ini efikasi kendiri guru berperanan sebagai pemboleh ubah mediator (r=31.29%) yang menunjukkan hubungan antara peranan pengetua sebagai pemimpin pembelajaran profesional dengan pembelajaran profesional guru. Implikasi kajian ini mencadangkan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, KPM menitikberatkan peranan pengetua sebagai pemimpin pembelajaran profesional dan memfokuskan efikasi kendiri guru untuk meningkatkan pembelajaran profesional guru. Kesimpulannya, pengetua sebagai pemimpin pembelajaran profesional memainkan peranan penting dalam usaha untuk meningkatkan efikasi kendiri guru dan seterusnya meningkatkan pembelajaran profesional guru.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectTeacher effectivenessen_US
dc.subjectEducational leadership.en_US
dc.subjectSchool principals -- Professional relationshipsen_US
dc.subjectTeachers -- Professional relationshipsen_US
dc.subjectCareer development -- Study and teachingen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleEfikasi kendiri guru sebagai mediator antara peranan pemimpin pembelajaran pengetua dan pembelajaran profesional guruen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages358en_US
dc.identifier.callnoLB1025.3.H383 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007573en_US
dc.format.degreePhDen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Efikasi kendiri guru sebagai mediator antara peranan pemimpin pembelajaran pengetua dan pembelajaran profesional guru.pdf
  Restricted Access
Full-text3.39 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.