Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781117
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAida Hanim A. Hamid, Dr.en_US
dc.contributor.advisorMohd Izham Mohd Hamzah, Dr.en_US
dc.contributor.authorNoraine Jamil (P108815)en_US
dc.date.accessioned2025-10-30T01:16:39Z-
dc.date.available2025-10-30T01:16:39Z-
dc.date.issued2024-07-16-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781117-
dc.description.abstractPegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) gagal memahami pembangunan organisasi pembelajaran yang sering dikaitkan sebagai strategi organisasi mendepani perubahan dengan berkesan dan inovatif dalam konteks pengurusan pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan organisasi pembelajaran dan hubungannya dengan tingkah laku kerja inovatif selain komitmen PPP terhadap perubahan sebagai pemboleh ubah pengantara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Kajian ini menggunakan reka bentuk gabungan penjelasan berurutan. Seramai 450 orang PPP daripada 16 buah JPN seluruh Malaysia dipilih secara rawak sebagai responden menggunakan teknik pensampelan rawak berstrata berkadaran. Seramai 10 orang PPP terlibat sebagai peserta kajian menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Dapatan data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan SPSS 26 dan SmartPLS 3 manakala perisian ATLAS.ti 23 digunakan untuk mengurus dan menganalisis data temu bual separa berstruktur. Hasil analisis deskriptif menunjukkan secara keseluruhan tahap amalan organisasi pembelajaran, komitmen terhadap perubahan dan tingkah laku kerja inovatif berada pada tahap yang sangat tinggi. Dapatan MANOVA menunjukkan amalan organisasi pembelajaran dan tahap tingkah laku kerja inovatif PPP hanya berbeza berdasarkan kehadiran latihan berbanding umur, jawatan, pengalaman berkhidmat di JPN dan kelayakan akademik. Komitmen PPP terhadap perubahan hanya berbeza mengikut umur dan jawatan serta tidak berbeza mengikut tempoh perkhidmatan, kelayakan akademik dan kehadiran latihan. Pengaruh organisasi pembelajaran terhadap komitmen terhadap perubahan didapati signifikan, positif dengan saiz kesan yang besar. Pengaruh organisasi pembelajaran terhadap tingkah laku kerja inovatif didapati signifikan, positif dengan saiz kesan yang sederhana manakala pengaruh komitmen terhadap perubahan terhadap tingkah laku kerja inovatif didapati signifikan, positif dengan saiz kesan yang sederhana. Organisasi pembelajaran memberi sumbangan sederhana kepada komitmen terhadap perubahan, manakala sumbangan organisasi pembelajaran dan komitmen terhadap perubahan kepada tingkah laku kerja inovatif juga adalah pada tahap sederhana. Kajian menunjukkan komitmen terhadap perubahan sebagai faktor pengantara separa antara amalan organisasi pembelajaran dan tingkah laku kerja inovatif. Analisis kualitatif menunjukkan ciri-ciri PPP mengamalkan organisasi pembelajaran dan tingkah laku kerja inovatif di JPN. Implikasi kajian ini memberi nilai tambah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memahami dan melaksanakan dasar-dasar sedia ada, serta menggerakkan inisiatif yang menyokong organisasi pembelajaran, komitmen terhadap perubahan, dan tingkah laku kerja inovatif dalam sistem pendidikan negara termasuk JPN. Kesimpulannya, pembangunan organisasi pembelajaran yang memberi perhatian kepada elemen komitmen terhadap perubahan mampu untuk meningkatkan tingkah laku kerja inovatif PPP dalam merealisasikan transformasi pendidikan negara.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectOrganizational learningen_US
dc.subjectEducational innovationsen_US
dc.subjectOrganizational learning -- Managementen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleAmalan organisasi pembelajaran dan hubungannya dengan komitmen terhadap perubahan serta tingkah laku kerja inovatif pegawai perkhidmatan pendidikan di Jabatan Pendidikan Negerien_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages491en_US
dc.identifier.callnoHD58.82.N644 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007570en_US
dc.format.degreePhDen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.