Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781047
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorDenise Koh Choon Lian, Dr.en_US
dc.contributor.advisorRuhizan Mohammad Yasin, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorNurhidayah Yaakop (P103932)en_US
dc.date.accessioned2025-10-24T03:21:22Z-
dc.date.available2025-10-24T03:21:22Z-
dc.date.issued2024-06-11-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781047-
dc.description.abstractGimnastik Asas merupakan salah satu bidang kemahiran di dalam Pendidikan Jasmani sekolah rendah di Malaysia. Namun begitu, bahan sokongan untuk guru Pendidikan Jasmani mengendalikan sesi Gimnastik Asas adalah terhad. Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Latihan Gimnastik berdasarkan skop Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Modul Latihan Gimnastik KSSR) untuk guru Pendidikan Jasmani. Reka bentuk kajian adalah Design and Development Research (DDR). Fasa pertama ialah analisis keperluan yang didasari Discrepancy Model (1987). Dua sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD), terdiri daripada guru baharu (n=5) dan guru berpengalaman (n=5) Pendidikan Jasmani, telah dijalankan untuk meneroka keperluan guru dalam mengendali sesi Pemudahcaraan dan Pembelajaran (PdPc) Pendidikan Jasmani. Hasil daripada fasa satu memperoleh tiga tema iaitu (i) modul yang inklusif, (ii) bahan sokongan dan (iii) kandungan yang berinovasi. Fasa kedua ialah reka bentuk dan pembangunan yang didasari The Sequential-Iterative Model (Model SIM) (1998), Teori Konstruktivisme (1978) dan Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia (2002). Kaedah Fuzzy Delphi Method (FDM) dijalankan untuk menentukan komponen utama dalam Modul Latihan Gimnastik KSSR, FDM melibatkan pakar dari pelbagai pihak (n=16) dan komponen yang dikenal pasti adalah (i) objektif, (ii) isi kandungan, (iii) strategi, (iv) aktiviti, (v) aplikasi dan (vi) penilaian modul. Fasa ketiga ialah penilaian tahap kebolehgunaan modul yang melalui kaedah Modified Nominal Group Technique (Modified NGT) dengan didasari Model Penilaian Teknologi, Kepenggunaan dan Pedagogi (TUP) (2002). Pakar seramai 21 orang guru Pendidikan Jasmani telah diberi modul untuk digunakan selama empat minggu. Pada akhir tempoh penggunaan, pakar menilai tahap kebolehgunaan modul. Nilai peratusan skor penerimaan keseluruhan aspek adalah melebihi 70.00% dengan dapatan bagi setiap aspek ialah kebergunaan (minima=88.57%), kepuasan (minima=94.29%) dan kemudahgunaan (minima=89.52%) dianggap sesuai dan boleh digunakan. Implikasi kajian ini menyediakan Modul Latihan Gimnastik KSSR yang menepati semakan KSSR semasa dan teknologi terkini menggunakan aplikasi dalam talian. Modul ini bertindak sebagai panduan terperinci untuk membantu guru mengendalikan sesi Gimnastik Asas tahun 5 dengan lebih efektif dan selamat kepada murid. Kajian menunjukkan Modul Latihan Gimnastik KSSR sesuai sebagai bahan sokongan komprehensif bagi memenuhi keperluan guru dalam mengendalikan PdPc Gimnastik Asas dengan lebih efektif dan selamat. Kesimpulannya, modul yang dihasilkan mampu menangani kekurangan bahan sokongan serta meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Gimnastik Asas di sekolah rendah. Dicadangkan kajian lanjutan dijalankan untuk menguji keberkesanan Modul Latihan Gimnastik KSSR dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam Gimnastik Asas.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectPhysical education and trainingen_US
dc.subjectCurriculum planningen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKebolehgunaan Modul Latihan Gimnastik KSSR untuk guru Pendidikan Jasmanien_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages400en_US
dc.identifier.callnoGV341.N837 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007666en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kebolehgunaan modul latihan gimnastik KSSR untuk guru pendidikan jasmani.pdf
  Restricted Access
Full-text9.94 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.