Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780801
Title: | Manfaat sirih pinang dalam penjagaan kesihatan bersumberkan manuskrip tibb Melayu |
Authors: | Siti Fatimah Kamaruddin (P108179) |
Supervisor: | Juriyati Jalil, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | perubatan tradisional Melayu penjagaan kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Academic -- Malaysia sirih pinang kitab Tibb manuskrip perubatan Melayu pengubatan |
Issue Date: | 30-Sep-2025 |
Abstract: | Kitab Tibb atau naskhah perubatan Melayu tradisional merekodkan kearifan lokal mengenai ilmu penjagaan kesihatan masyarakat Melayu. Doktrin perubatan Melayu tradisional yang diterjemahkan melalui naskhah berharga ini mampu memberi petunjuk kepada sifat penyakit dan sifat ubatan yang digunakan. Sirih (Piper betle L.) dan pinang (Areca catechu L.) merupakan sinergi pengubatan yang kian dilupakan oleh masyarakat zaman moden dan telah sekian lama menjadi satu simbol budaya, adat dan pengubatan dalam masyarakat Melayu.Berdasarkan permasalahan di atas, objektif kajian yang pertama adalah bertujuan untuk mengenal pasti jenis tumbuhan sirih pinang yang terdapat di Alam Melayu dan yang kedua menganalisis manfaat perubatan sirih pinang dalam manuskrip Tibb Melayu terpilih. Ketiga, membincangkan falsafah yang mendasari pengubatan sirih pinang dalam konteks amalan perubatan tradisional Melayu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengumpul data berdasarkan kajian pustaka dan kajian lapangan yang berbentuk deskriptif melalui kaedah temu bual tidak berstruktur, pemerhatian turut serta dan dokumentasi. Kesahan dan kebolehpercayaan data diuji melalui temu bual pakar dan kaedah triangulasi. Teknik menganalisis data adalah melalui kaedah reduksi data, penyajian data dan menarik kesimpulan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa preskripsi sirih pinang dalam manuskrip perubatan Melayu terpilih banyak digunakan untuk perawatan penyakit kanak-kanak, kulit, ernafasan, pencernaan dan masalah kesihatan di bahagian ari-ari. Berdasarkan kepada preskripsi manuskrip berkaitan sirih pinang, kaedah semburan merupakan kaedah rawatan yang paling kerap digunakan berbanding kaedah makan, minum dan sapuan. Melalui kajian sains kontemporari, sirih pinang terbukti menunjukkan aktiviti antivirus, anti-asmatik, antiinflamasi, antioksida dan sifat gastroprotektif yang bermanfaat dalam pelbagai perawatan penyakit kanak-kanak dan dewasa. Kajian ini telah menghasilkan satu tatacara penggunaan sirih pinang yang selamat bagi pengguna. Kesimpulannya, manuskrip perubatan Melayu mengandungi pelbagai maklumat perubatan yang mampu menjadi alternatif bagi meningkatkan taraf kesihatan masyarakat moden. Hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada matlamat Sustainability Development Goals 2030 dalam memastikan kehidupan yang sihat dan menggalakkan kesejahteraan pada semua peringkat umur. |
Description: | Perpustakaan Alam Dan Tamadun Melayu |
Pages: | 311 |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780801 |
Appears in Collections: | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
P108179 Full Thesis Siti Fatimah Kamaruddin [TESISPTSL] (1).pdf Restricted Access | Full text | 213.38 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.