Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780652
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNovel Lyndon, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorZurinah Tahir, Dr.en_US
dc.contributor.authorTan, Say Peng (P109356)en_US
dc.date.accessioned2025-09-26T01:07:09Z-
dc.date.available2025-09-26T01:07:09Z-
dc.date.issued2025-02-17-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780652-
dc.description.abstractNegara-negara membangun mempunyai tahap penggunaan amalan pertanian mampan (APM) yang sangat rendah. Penggunaan APM merupakan cabaran utama dalam kalangan pekebun kecil sawit Orang Asli yang lazimnya sukar menerima amalan berasaskan sains dan teknologi moden. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis hubungan antara faktor-faktor peramal yang mempengaruhi pengamalan pengetahuan APM dalam kalangan pekebun kecil sawit Orang Asli. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif serta kaedah kualitatif secara temu bual Focus Group Discussion (FGD) bersama 20 orang pekebun kecil sawit Orang Asli untuk mengukuhkan kesahihan dapatan kajian. Sejumlah 303 orang pekebun kecil sawit Orang Asli dipilih secara rawak berstrata di daerah Rompin dan Pekan, Pahang. Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 24 dengan menggunakan statistik deskriptif (min, sisihan piawai, dan taburan kekerapan) dan inferensi. Analisis data yang digunakan pada kajian ini adalah korelasi Spearman rho dan regresi linear berganda. Hasil analisis data menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara enam pemboleh ubah peramal, iaitu faktor sosioekonomi, agroekologi, institusi, psikologi, sifat kebolehterimaan, dan pengetahuan lokal terhadap pengamalanAPM. Hasil analisis regresi stepwise mendapati faktor pengetahuan lokal, psikologi, informasi (sosial media), agroekologi (purata hasil kebun) dan institusi (peranan kerajaan) menyumbang kepada pembentukan model APM bagi pekebun kecil sawit persendirian Orang Asli. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa pengetahuan lokal merupakan faktor utama yang mempengaruhi peningkatan hasil dan proses membuat keputusan pengurusan APM pekebun kecil sawit Orang Asli. Justeru itu, penambahbaikan dalam kandungan penyebaran maklumat dan inovasi pengetahuan APM dalam kalangan pekebun kecil Orang Asli perlu melibatkan integrasi pengetahuan lokal dalam pengetahuan APM. Implikasi kajian ini memberi penekanan kepada pihak pemegang taruh dan pembuat dasar perlu mengintegrasikan pengetahuan lokal dengan pengetahuan moden dalam pengeluaran pertanian mampan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationSocial Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectSustainable agriculture -- Malaysiaen_US
dc.subjectPalm oil industry -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleModel pengetahuan amalan pertanian mampan dalam kalangan pekebun kecil sawit Orang Asli di negeri Pahang, Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages338en_US
dc.identifier.callnoS494.5.S86.T336 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007718en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Model pengetahuan amalan pertanian mampan dalam kalangan pekebun kecil sawit orang asli di negeri Pahang, Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text3.1 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.