Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780651
Title: Faktor dan impak kebergantungan selebriti terhadap laman media sosial Instagram serta reaksi terhadap buli siber
Authors: Liyana Mohd Ramly (P859692)
Supervisor: Mohd Azul Mohamad Salleh, Dr.
Mohd Nor Shahizan Ali, Prof. Madya Ts. Dr.
Keywords: Social media -- Influence
Cyberbullying
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Feb-2025
Abstract: Perkembangan era digital menunjukkan peningkatan kebergantungan selebriti terhadap penggunaan laman media sosial, khususnya Instagram. Kebergantungan ini telah menjadikan selebriti lebih terdedah kepada masalah komunikasi sosial seperti fenomena buli siber. Sebagai figura awam, selebriti sering menjadi tumpuan netizen, yang bebas meninggalkan komen negatif, seterusnya meningkatkan risiko gangguan emosi yang boleh membawa kepada kesan psikologi dan tindak balas fizikal. Walaupun kebergantungan kepada media sosial tidak secara langsung mengundang kepada buli siber, fenomena ini tetap menjadi salah satu isu utama dalam komunikasi digital yang memberi kesan kepada selebriti. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor kebergantungan selebriti terhadap Instagram, reaksi emosi mereka, pengalaman sebagai mangsa buli siber, serta tindakan yang diambil dalam menangani isu ini. Kerangka konseptual kajian ini berasaskan Teori Kebergantungan Sistem Media (MSD) dan Teori Model Transaksi Tekanan dan Pengendalian (TMSC). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah fenomenologi interpretatif, di mana analisis tematik diaplikasikan menggunakan perisian Atlas.ti dan buku kod. Sesi temu bual mendalam dijalankan ke atas 16 informan, terdiri daripada selebriti dan pakar yang dipilih menerusi teknik persampelan bebola salji. Hasil kajian mendedahkan tujuh tema kesan emosi utama, iaitu takut, trauma, marah, tertekan, terganggu, sakit hati, dan merasa seperti sering diperhatikan. Selain itu, tindakan selebriti dalam menangani buli siber terbahagi kepada dua kategori, iaitu penilaian primer dan penilaian sekunder, yang diadaptasi daripada Teori TMSC. Kajian ini juga mengenal pasti perubahan dalam Teori MSD, dengan menunjukkan bahawa selebriti bergantung kepada Instagram bukan sahaja sebagai platform komunikasi, tetapi juga sebagai medium untuk penjanaan pendapatan. Penemuan ini memberikan implikasi terhadap komunikasi interpersonal, khususnya dalam aspek pengurusan emosi semasa berinteraksi di media sosial. Dalam konteks media baharu, kebergantungan terhadap Instagram telah berkembang menjadi satu norma sosial dan dinormalisasikan dalam kalangan pengguna, termasuk selebriti. Kesimpulannya, kajian ini mencadangkan penambahbaikan terhadap Teori MSD bagi memahami hubungan antara media baharu, individu, dan khalayak dalam konteks komunikasi digital.
Pages: 367
Call Number: HM742.L539 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780651
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Faktor dan impak kebergantungan selebriti terhadap laman media sosial instagram serta reaksi terhadap buli siber.pdf
  Restricted Access
Full-text2.43 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.