Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780650
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMokhtar Jaafar, Dr.en_US
dc.contributor.advisorFrankie Marcus Ata, Dr.en_US
dc.contributor.authorSee,Too Kay Leng (P112780)en_US
dc.date.accessioned2025-09-26T01:05:12Z-
dc.date.available2025-09-26T01:05:12Z-
dc.date.issued2025-01-28-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780650-
dc.description.abstractRisiko banjir adalah satu isu yang tidak dapat dielakkan oleh komuniti di hilir dataran banjir Sungai Kelantan kerana bencana banjir sering kali melanda kawasan ini. Pelbagai mitigasi bentuk struktur dan bukan struktur telah dilakukan oleh pihak kerajaan negeri dan persekutuan namun bencana banjir masih mendatangkan impak yang besar kepada komuniti. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengemukakan penyelesaian mengurangkan risiko banjir bagi komuniti di hilir dataran banjir Sungai Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah pelbagai dengan bersandarkan kepada kaedah reka bentuk dan pembangunan (DDR) yang terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa analisis keperluan dan fasa pembangunan dan penilaian. Pada fasa pertama, kajian menggunakan aplikasi HEC-RAS dan ArcGIS untuk membina peta bahaya dan risiko banjir. Borang soal selidik diedarkan bagi memperolehi data mengenai kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti. Kajian seterusnya menggunakan kaedah Flood Risk Assessment Method (FRAM) untuk mengira indeks risiko banjir. Pada fasa kedua, kajian membangunkan garis panduan dan dinilai oleh sekumpulan pakar penilai (n = 10) bagi memperolehi nilai kesepakatan kebolehpenggunaan garis panduan yang dibina. Hasil kajian mendapati 43.39 peratus keluasan kawasan kajian dikelaskan sebagai zon potensi banjir. Kg. Chabang Tiga Cherong mempunyai zon risiko banjir yang tertinggi (76.51%) berbanding Kg. Baru (71.05%), Kg. Sungai Pisang (59.52%) dan kampung lain-lain. Analisis kajian mendapati komuniti mempunyai tahap kesedaran dan kesiapsiagaan yang berbeza-beza. Seterusnya, kajian mendapati Kg. Chabang Tiga Cherong mempunyai indeks risiko banjir (FRI) tertinggi iaitu 18.97 berbanding kampung lain seperti Kg. Baru (17.18), Kg. Sungai Pisang (14.37) dan kampung lain yang lebih rendah nilai FRI. Justeru, kajian membina sebuah garis panduan yang sesuai dengan keperluan tahap kesedaran, kesiapsiagaan dan risiko banjir kawasan kajian. Nilai threshold bagi kesemua 26 item penilaian adalah kurang daripada 0.2 yang bermaksud semua pakar penilai menerima elemen dalam garis panduan. Selain itu, skor fuzzy pula menunjukkan kesemua item penilaian adalah lebih 0.80 iaitu kesepakatan pakar penilai terhadap penerimaan kesemua elemen garis panduan adalah tinggi. Data Fuzzy-Delphi juga menunjukkan lebih 75 peratus pakar penilai bersetuju dengan kebolehpenggunaan garis panduan ini. Novelti kajian menghasilkan garis panduan yang berpandukan kepada keperluan geografi dan perspektif lokal komuniti bukan sahaja dapat merealisasikan pengurangan risiko banjir malah sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mapan (SDGs) untuk memastikan pendekatan holistik terhadap pengurusan risiko bencana.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationSocial Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectFlood control -- Malaysiaen_US
dc.subjectFloodplain management -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembangunan garis panduan pengurangan risiko banjir bagi komuniti dalam dataran banjir di Sungai Kelantan, Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages287en_US
dc.identifier.callnoTC530.S434 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007716en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan garis panduan pengurangan risiko banjir bagi komuniti dalam dataran banjir di Sungai Kelantan, Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text9.46 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.