Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780644
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sarmila Md Sum, Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Suraiya Ishak, Prof. Madya Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Rusyda Ramly (P88367) | en_US |
dc.date.accessioned | 2025-09-26T00:53:24Z | - |
dc.date.available | 2025-09-26T00:53:24Z | - |
dc.date.issued | 2023-08-10 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780644 | - |
dc.description.abstract | Matlamat Pembangunan Mampan 2030 menyasarkan usaha intervensi menerusi perusahaan sosial yang menggabungkan matlamat ekonomi dan sosial perlu diberikan perhatian dalam usaha menyelesaikan isu dihadapi oleh komuniti rentan. Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh komuniti rentan terutamanya dalam konteks pembangunan komuniti merangkumi peluang pekerjaan, kemahiran, latihan, pasaran buruh, pendidikan, kemiskinan, penjanaan pendapatan dan pengangguran. Sehubungan itu, terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi perusahaan sosial terutama dari aspek pembangunan dan pengurusan pelaksanaan bagi mencapai matlamat ini. Oleh yang demikian timbul persoalan bagaimana perusahaan sosial berupaya untuk dibangunkan bagi komuniti rentan dan sejauh mana perusahaan sosial dapat menangani isu sosial yang dihadapi oleh golongan ini. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneliti proses pembangunan perusahaan sosial dan sumbangannya terhadap golongan rentan menerusi tiga objektif utama iaitu: i) Memahami faktor motivasi penubuhan perusahaan sosial oleh usahawan sosial di Malaysia; ii) Meneliti elemen yang diperlukan dalam membangunkan perusahaan sosial bagi komuniti rentan; iii) Mengenal pasti sumbangan perusahaan sosial terhadap komuniti rentan; dan iv) Membangunkan kerangka pelaksanaan perusahaan sosial yang menyumbang kepada komuniti rentan berdasarkan pengalaman usahawan sosial. Kajian kes kualitatif telah dilaksanakan dengan mengambil 10 (sepuluh) buah perusahaan sosial sebagai unit analisis dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Pemilik perusahaan sosial yang berlokasi di negeri Selangor, Pahang, Kelantan dan Sarawak ini telah ditemubual secara bersemuka berdasarkan protokol temu bual semi struktur. Hasil analisis tematik dengan menggunakan perisian Atlas.ti versi 8 terhadap naratif temu bual yang telah ditranskipsi secara verbatim, telah menemui sebanyak 33 tema utama yang diklusterkan kepada sembilan kategori bagi memenuhi objektif kajian. Kajian ini menemui faktor motivasi penubuhan perusahaan sosial bagi komuniti rentan diperoleh melalui pendedahan awal, pengalaman langsung, sikap empati dan inisiatif memelihara alam sekitar. Terdapat enam elemen yang telah dikenal pasti bagi membangunkan perusahaan sosial iaitu modal kewangan, modal fizikal, modal sosial, inovasi sosial, pemasaran sosial serta pengurusan komuniti rentan. Hasil kajian telah mengenal pasti sumbangan perusahaan sosial terhadap komuniti rentan merangkumi aspek ekonomi dan sosial menerusi peluang pekerjaan, penjanaan pendapatan, peningkatan kemahiran serta pemerkasaan komuniti rentan (wanita, OKU dan golongan miskin). Kajian ini merumuskan bahawa dengan motivasi usahawan sosial, perusahaan sosial dapat dibangunkan dan dilaksanakan melalui 6 elemen yang telah dikenalpasti dalam kajian ini. Seterusnya, berpotensi menyumbang kepada komuniti rentan selari dengan pengaplikasian teori penciptaan perkongsian nilai dari perspektif instrumentasi. Justeru itu, usaha meningkatkan motivasi dalam kalangan usahawan sosial perlu diberikan perhatian dan ekosistem perusahaan sosial yang membantu mengintergrasi elemen perlaksanaan pembangunan perusahaan sosial perlu diperkukuhkan dengan kondusif bagi membina lebih banyak perusahaan sosial sebagai intervensi dalam menangani masalah yang dihadapi oleh komuniti rentan secara khusus dan masyarakat secara umum. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Social entrepreneurship -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Community development -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Pembangunan perusahaan sosial kajian kes perusahaan sosial berasaskan komuniti rentan di Malaysia | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 311 | en_US |
dc.identifier.callno | HD60.R837 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007713 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D. | en_US |
dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pembangunan perusahaan sosial kajian kes perusahaan sosial berasaskan komuniti rentan di Malaysia.pdf Restricted Access | Full-text | 2.6 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.