Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780635
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAnuar Mohd Ishak, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorSakhinah Abu Bakar, Dr.en_US
dc.contributor.authorNoor Farizza Haniem Mohd Sohut (P106827)en_US
dc.date.accessioned2025-09-26T00:46:53Z-
dc.date.available2025-09-26T00:46:53Z-
dc.date.issued2024-03-26-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780635-
dc.description.abstractNanobendalir hibrid digunakan dalam pelbagai aplikasi kejuruteraan contohnya seperti proses pembuatan, sistem pemanasan, penukaran haba, penyejukan automotif, sensor miniatur dan banyak lagi. Penggunaan nanobendalir hibrid adalah kerana kebolehan dalam pemindahan haba yang lebih berkesan berbanding nanobendalir biasa untuk mencapai sistem yang lebih efisien dan justeru itu dapat membantu industri berkembang maju. Oleh itu, dalam tesis ini dipertimbangkan beberapa masalah aliran lapisan sempadan dan pemindahan haba dalam nanobendalir hibrid. Lima masalah aliran lapisan sempadan yang dipertimbangkan dalam tesis ini, iaitu (i) aliran olakan campuran MHD bagi nanobendalir hibrid mikrokutub pada permukaan menegak; (ii) aliran olakan campuran nanobendalir hibrid dipengaruhi oleh silinder condong dengan daya Lorentz; (iii) aliran olakan campuran nanobendalir hibrid pada permukaan silinder dengan kesan penstrataan berganda; (iv) aliran titik genangan olakan campuran nanobendalir hibrid pada permukaan silinder menegak dengan punca/penyerap haba serta fluks haba permukaan ditetapkan; dan (v) aliran lapisan sempadan tiga matra tak mantap dalam nanobendalir hibrid berputar pada permukaan meregang. Kajian dimulakan dengan memformulasi model-model matematik yang menakluk aliran lapisan sempadan bagi nanobendalir hibrid yang terdiri daripada persamaan keselanjaran, persamaan momentum, persamaan tenaga dan persamaan kepekatan yang terbentuk dalam persamaan pembezaan separa. Persamaan-persamaan ini dijelmakan kepada persamaan-persamaan pembezaan biasa menggunakan penjelmaan keserupaan yang bersesuaian. Langkah seterusnya adalah mendapatkan penyelesaian berangka bagi sistem persamaan tersebut menggunakan fungsi bvp4c dalam perisian MATLAB. Seterusnya, keputusan berangka yang diperoleh diberi dalam bentuk jadual dan graf bagi pekali geseran kulit setempat, nombor Nusselt setempat, nombor Sherwood setempat, profil halaju, profil suhu dan profil kepekatan serta perbandingan dengan kajian terdahulu juga dibuat. Hasil kajian mendapati bahawa penyelesaian dual wujud dalam julat tertentu bagi parameter regangan/kecutan, parameter sumber/penyerap haba, parameter sedutan, parameter olakan campuran dan parameter penstrataan berganda. Sementara itu, dengan peningkatan nilai isi padu nanozarah, parameter sinaran, nombor Biot, parameter magnet dan penstrataan terma dapat meningkatkan kadar pemindahan haba dan mempercepatkan proses penyejukan, namun menurun dengan kesan parameter punca haba, sudut condong dan parameter putaran. Di samping itu, permukaan silinder mempunyai geseran kulit serta kadar pemindahan haba dan jisim yang lebih tinggi berbanding plat rata. Analisis kestabilan dijalankan bagi menentukan kestabilan penyelesaian dual dalam kajian ini dengan menyelesaikan masalah nilai eigen linear. Hasil analisis mendapati bahawa hanya satu penyelesaian adalah stabil dan boleh dipercayai dalam jangka masa panjang manakala yang lain adalah tidak stabil.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectBoundary layeren_US
dc.subjectNanofluidsen_US
dc.subjectMathematical modelsen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePemodelan matematik bagi aliran lapisan sempadan olakan dengan pelbagai syarat sempadan dalam nanobendalir hibriden_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages278en_US
dc.identifier.callnoQA913.N644 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007554en_US
dc.format.degreePh.Den_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pemodelan matematik bagi aliran lapisan sempadan olakan dengan pelbagai syarat sempadan dalam nanobendalir hibrid.pdf
  Restricted Access
Full-text3.83 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.