Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780617
Title: Peranan rasionalisasi ekonomi sebagai pengantara literasa ekonomi, pendidikan ekonomi dan status sosio ekonomi keluarga dengan tingkah laku ekonomi mahasiswa ekonomi keluarga dengan tingkah laku ekonomi mahasiswa
Authors: Januar Kustiandi (P108624)
Supervisor: Sheerad Sahid, Dr.
Iszan Hana Kaharudin
Keywords: College students -- Economic conditions
Economics -- Study and teaching
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 4-Mar-2025
Abstract: Penyelidikan ini bertujuan untuk menganalisis peranan rasionalisasi sebagai pembolehubah pengantara literasi ekonomi, pendidikan ekonomi, dan status sosio-ekonomi dengan tingkah laku ekonomi individu. Literasi ekonomi, pendidikan ekonomi, dan status sosioekonomi dikenalpasti menjadi faktor penting yang mempengaruhi keupayaan individu untuk membuat keputusan ekonomi yang rasional. Namun, terdapat keperluan untuk memahami proses rasionalisasi dalam menghubungkan faktor peramal ini dengan tingkah laku ekonomi yang terhasil sebagaimana yang dijelaskan oleh Teori Tingkah Laku Terancang, Azjen (1991). Pendekatan kuantitatif ini menggunakan reka bentuk penyelidikan korelasional secara tinjauan untuk menjelaskan hubungan faktor peramal dengan tingkah laku ekonomi yang dikuatkan melalui peranan pengantara rasionalisasi ekonomi. Seterusnya, semua item yang digunakan telah memenuhi keperluan kesahan kandungan, kesahan konstruk, dan kesahan diskriminan. Selain itu, semua item telah melepasi syarat kebolehpercayaan instrumen. Data kajian dianalisis menggunakan teknik pemodelan persamaan berstruktur atau SEM melalui perisian IBM SPSS-AMOS versi 26. Hasil kajian menunjukkan bahawa literasi ekonomi, pendidikan ekonomi, dan status sosio-ekonomi mempunyai pengaruh yang signifikan dalam tingkah laku ekonomi, secara langsung dan tidak langsung melalui peranan rasionalisasi ekonomi. Rasionalisasi ekonomi terbukti menjadi pengantaraan penting dalam mengukuhkan pengaruh ketiga-tiga faktor peramal ini dalam membuat keputusan ekonomi yang relevan sesuai dengan keadaan mahasiswa masa kini. Pendekatan bootstrapping yang digunakan dalam prosedur pengujian pengantara turut menghasilkan keputusan yang sama, mengesahkan bahawa rasionalisasi ekonomi mengantara hubungan diantara literasi ekonomi, pendidikan ekonomi di keluarga, status sosioekonomi dan tingkah laku ekonomi. Implikasi kajian ini mengukuhkan lagi kebolehgunaan teori Tingkah Laku Terancang Azjen (1991) melalui penghasilan model structural tingkah laku ekonomi yang menyumbang nilai varians sebanyak 54 peratus. Dapatan kajian ini juga turut mencadangkan model tingkah laku ekonomi pelajar universiti, justeru meluaskan pengetahuan dan pemahaman tentang tingkah laku ekonomi, literasi ekonomi, pendidikan ekonomi di keluarga, status sosioekonomi dalam konteks pelajar di universiti. Penyelidikan ini merumuskan bahawa usaha meningkatkan literasi dan pendidikan ekonomi perlu disertai dengan membangunkan kebolehan rasionalisasi untuk meningkatkan tingkah laku ekonomi yang lebih baik, terutamanya dalam kalangan individu yang mempunyai status sosio-ekonomi yang pelbagai. Implikasi praktikal penyelidikan ini menekankan kepentingan dasar yang memfokuskan kepada peningkatan literasi ekonomi dan pendidikan di samping membina keupayaan rasionalisasi untuk mencapai matlamat ekonomi yang lebih optimum.
Pages: 412
Call Number: LC208.8.J336 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780617
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.