Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780615
Title: | Peranan perantara efikasi kendiri dan daya tahan dalam hubungan kesediaan kerjaya, kecenderungan pencari kerja dan pencipta kerja mahasiswa pendidikan ekonomi |
Authors: | Dian Rachmawati (P112198) |
Supervisor: | Sheerad Sahid, Prof. Madya Dr. Mohd. Izwan Mahmud, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Self-efficacy Career development Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 3-Mar-2025 |
Abstract: | Selepas menamatkan pendidikan sarjana muda, mahasiswa yang baru tamat pengajian menghadapi cabaran dalam mencari kerja dalam bidang pengajian mereka. Cabaran ini termasuk persaingan sengit dalam pasaran kerja, kekurangan pengalaman kerja, dan ketidakpadanan antara kemahiran yang dimiliki dan keperluan industri. Ini sering menyebabkan graduan berasa kurang yakin atau sukar untuk membuat keputusan mengenai langkah kerjaya seterusnya. Sehingga kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara kesediaan kerjaya mahasiswa, kecenderungan sebagai pencari kerja dan pencipta kerja, melalui mediasi efikasi kendiri dan daya tahan, dalam kalangan mahasiswa S1 bidang pendidikan ekonomi. Kesediaan kerjaya mahasiswa diukur menggunakan petunjuk literasi digital, pemikiran keusahawanan, kemahiran kebolehgajian dan kemahiran ICT. Hal tersebut berdasarkan pada penyelidikan terdahulu dan disandarkan pada boundaryless career theory. Kajian ini menggunakan teknik persampelan rawak, berdasarkan kedudukan universiti yang diterbitkan oleh PDDikti, seramai 455 jumlah responden. Kajian ini menggunakan analisis dengan pendekatan dua peringkat pemodelan persamaan berstruktur (SEM). Dapatan menunjukkan kesediaan kerjaya mempunyai hubungan dan kesan yang signifikan dalam meningkatakan kecenderungan mahasiswa untuk menjadi pencari kerja dan pencipta kerja. Pendekatan bootstrapping yang digunakan dalam prosedur pengujian perantara turut menghasilkan keputusan yang sama, justeru mengesahkan bahawa efikasi kendiri mengantara hubungan antara kesediaan kerjaya dan pencari kerja secara separa. Serta daya tahan mengantara hubungan antara kesediaan kerjaya dan pencipta kerja. Dapatan daripada kajian ini boleh menjadi input kepada pembangunan kurikulum universiti untuk menekankan kepentingan membentuk kesediaan kerjaya dalam menentukan pilihan kerja pada masa hadapan. |
Pages: | 477 |
Call Number: | BF637.S38.D533 2025 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780615 |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Peranan perantara efikasi kendiri dan daya tahan dalam hubungan kesediaan kerjaya, kecenderungan pencari kerja dan pencipta kerja mahasiswa pendidikan ekonomi.pdf Restricted Access | Full-text | 6.55 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.