Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780546
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSheerad Sahid, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorMuhammad Hussin, Prof. Datuk Dr.en_US
dc.contributor.authorUmi Nuraini (P112199)en_US
dc.date.accessioned2025-09-22T03:39:47Z-
dc.date.available2025-09-22T03:39:47Z-
dc.date.issued2025-02-05-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780546-
dc.description.abstractEra ekonomi berasaskan pengetahuan atau lebih dikenal sebagai K-Ekonomi bercirikan kemajuan teknologi yang pesat dan pasaran pekerjaan yang semakin luas. Keadaan ini memerlukan pelajar berkebolehan menyesuaikan diri dan mempunyai kemahiran kebolehpasaran tinggi yang diperlukan dalam pasaran pekerjaan. Justeru, kajian ini bertujuan menguji hubungan kemahiran kebolehpasaran dengan kesediaan K-Ekonomi. Di samping itu, kajian ini juga turut menguji peranan kesediaan kerjaya dan pemikiran keusahawanan dalam mengantara hubungan kemahiran kebolehpasaran dengan kesediaan K-Ekonomi. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan secara tadbir sendiri telah digunakan dengan menggunakan sampel sebanyak 578 orang pelajar program pengajian pendidikan ekonomi di universiti berasaskan pendidikan di pulau Jawa, Indonesia. Data dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan pendekatan dua peringkat pemodelan persamaan berstruktur (SEM). Dapatan kajian menunjukkan kemahiran kebolehpasaran mempunyai hubungan dan kesan yang signifikan terhadap kesediaan K-Ekonomi. Dapatan kajian juga menunjukkan konstruk kesediaan kerjaya dan pemikiran keusahawanan mengantara hubungan kemahiran kebolehpasaran dengan kesediaan K-Ekonomi. Pendekatan bootstrapping yang digunakan dalam prosedur pengujian perantara turut menghasilkan keputusan yang sama, justeru mengesahkan bahawa kesediaan kerjaya dan pemikiran keusahawanan mengantara hubungan antara kemahiran kebolehpasaran dengan kesediaan K-Ekonomi. Dapatan kajian ini boleh dijadikan input dalam menambah baik sistem pendidikan, membangunkan infrastruktur dan mewujudkan inovasi yang mampan. Institusi pengajian tinggi dapat meningkatkan pembangunan kemahiran kebolehpasaran, kesediaan kerjaya dan pemikiran keusahawanan pelajar serta menyelaraskan kurikulum pendidikan ekonomi. Sumbangan praktikal penyelidikan ini juga meluas kepada dunia perindustrian dalam menyesuaikan strategi, melabur dan menggunakan teknologi dan inovasi untuk kekal berdaya saing dalam K-Ekonomi.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectEmployabilityen_US
dc.subjectCareer developmenten_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKesan kemahiran kebolehpasaran terhadap kesediaan k-ekonomi: peranan perantara kesediaan kerjaya dan pemikiran keusahawananen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages358en_US
dc.identifier.callnoHF5381.U465 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007684en_US
dc.format.degreePhDen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan kemahiran kebolehpasaran terhadap kesediaan k ekonomi peranan perantara kesediaan kerjaya dan pemikiran keusahawanan.pdf
  Restricted Access
Full-text5.32 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.