Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780477
Title: Pembangunan dan penilaian modul pematik berasaskan pemikiran komputasional dalam penyelesaian masalah topik ukuran sekolah rendah
Authors: Shivaraj Subramaniam (P106913)
Supervisor: Siti Mistima Maat, Prof.Madya Dr.
Muhammad Sofwan Mahmud, Dr.
Keywords: Mathematics -- Study and teaching (Primary)
Mathematics -- Study and teaching (Primary) -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Sep-2024
Abstract: Dalam konteks era global yang semakin kompleks, kemahiran penyelesaian masalah telah menjadi unsur yang kritikal bagi guru matematik dalam menyediakan pengajaran yang berkualiti. Namun, guru matematik menghadapi cabaran dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran penyelesaian masalah matematik sambil terikat dengan kekurangan panduan yang lengkap. Kajian ini bertujuan membangunkan dan menilai modul pengajaran Penyelesaian Masalah Matematik (PeMATIK) berasaskan pemikiran komputasional dalam topik ukuran bagi guru-guru matematik sekolah rendah. Kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk dan pembangunan (PRP) oleh Richey dan Klein (2007), yang dibahagikan kepada tiga fasa: analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan, serta penilaian. Kajian tinjauan yang melibatkan 291 orang guru matematik telah digunakan untuk menjalankan fasa analisis keperluan. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa 84.91% guru memerlukan pembangunan modul pengajaran PeMATIK. Bagi fasa kedua, Teknik Kumpulan Nominal (NGT) digunakan bersama 13 orang pakar untuk mereka bentuk dan membangunkan modul. Hasil kesepakatan pakar mendapati terdapat 5 komponen utama dan 24 elemen yang perlu ada dalam modul. Fasa penilaian melibatkan penilaian kebolehgunaan dan keberkesanan. Penilaian kebolehgunaan menggunakan kaedah Fuzzy Delphi melibatkan 23 pakar, berpandukan tiga aspek iaitu kebergunaan, kepuasan, dan kemudahgunaan. Hasil analisis mendapati semua guru matematik bersetuju bahawa modul ini mencapai tahap kebolehgunaan yang tinggi. Penilaian keberkesanan dijalankan dalam kalangan guru matematik dan murid di sekolah rendah, dengan temu bual melibatkan sembilan guru dari SK, SJKC, dan SJKT. Hasil dapatan temu bual menunjukkan guru dapat meningkatkan kemahiran komputasional dan mempelbagaikan teknik pengajaran penyelesaian masalah matematik. Manakala, penilaian kuasi-eksperimental menunjukkan kumpulan rawatan mencapai min skor 73.87, lebih tinggi berbanding 39.81 bagi kumpulan kawalan selepas intervensi. Cadangan kajian seterusnya ialah menggunakan teknik kemahiran komputasional lain selain daripada empat teknik yang digunakan dalam kajian ini untuk pengajaran penyelesaian masalah matematik.Implikasinya, guru matematik dapat meningkatkan kemahiran komputasional mereka serta boleh menggunakan modul pengajaran ini sebagai suatu panduan untuk mempelbagaikan pengajaran penyelesaian masalah matematik. Dengan ini, kualiti guru dapat ditingkatkan dan pemantapan mutu pengajaran dan pembelajaran guru dijamin sebagaimana yang diharapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Cadangan kajian lanjutan mencadangkan pengembangan modul PeMATIK ke pelbagai topik dan subjek lain, serta penilaian keberkesanan jangka panjang dan penambahan teknik pemikiran komputasional.
Pages: 386
Call Number: QA135.6.S558 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780477
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan dan penilaian modul pematik berasaskan pemikiran komputasional dalam penyelesaian masalah topik ukuran sekolah rendah.pdf
  Restricted Access
Full-text11.93 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.