Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780475
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKu Suhaila Ku Johari, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorMohd Izwan Mahmud, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorChe Mohamad Padali Che Mat (P109343)en_US
dc.date.accessioned2025-09-11T07:42:48Z-
dc.date.available2025-09-11T07:42:48Z-
dc.date.issued2024-08-30-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780475-
dc.description.abstractKajian ini bertujuan membina instrumen organisasi sekolah sejahtera (i-OS) dalam pengukuran kesejahteraan psikologi holistik guru di organisasi sekolah berdasarkan teori tuntutan dan sumber pekerjaan (J-DR). Di samping itu, kajian ini juga menguji ciri-ciri psikometrik instrumen dengan menggunakan analisis model pengukuran Rasch serta membina profil dan norma kesejahteraan psikologi holistik guru di sekolah. Akhir sekali, kajian juga turut menguji model kesejahteraan psikologi holistik guru di sekolah berasaskan model J-DR dengan mengkaji hubungan dan pengaruh faktor tuntutan pekerjaan, sumber pekerjaan, sumber peribadi dan kesejahteraan psikologi holistik guru. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Model Miller, Lovler & McIntire (2013) digunakan dalam pembinaan instrumen i-OS. Teknik pensampelan rawak berstrata berkadaran digunakan bagi menentukan responden kajian sebenar. Seramai 500 orang guru terdiri daripada 10 buah sekolah menengah kebangsaan negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dipilih sebagai responden kajian. Pengujian item-item dilakukan sebanyak dua pusingan dengan dianalisis menggunakan perisian Winsteps versi 3.73.3. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 80 item i-OS telah mematuhi pengujian ciri-ciri psikometrik menerusi andaian model Rasch. Selain itu, dapatan profil dan norma jantina pula mendapati norma guru lelaki paling tinggi berada pada (M=4.03) berbanding dengan norma guru perempuan pada (M=4.00). Manakala norma guru yang berkhidmat kurang 1 tahun di organisasi semasa paling tinggi berada pada (M=4.18), dan norma paling rendah pula adalah guru yang berkhidmat antara tempoh 1 tahun hingga 10 tahun dengan (M=3.96). Di samping itu, dapatan kajian juga menunjukkan tuntutan pekerjaan guru tidak mempengaruhi secara langsung kesejahteraan psikologi holistik guru, tetapi mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap sumber peribadi guru. Manakala sumber pekerjaan dan sumber peribadi guru mempengaruhi secara langsung kesejahteraan psikologi holistik. Analisis SEM juga mendapati sumber peribadi guru menjadi mediasi penuh antara tuntutan pekerjaan dan sumber pekerjaan dengan kesejahteraan psikologi holistik guru. Kajian ini menyumbang kepada bidang kajian dan praktis dengan penggunaan instrumen i-OS yang boleh digunakan oleh pengkaji lanjutan serta pihak KPM, JPN, PPD dan sekolah khususnya untuk mengenal pasti tahap kesejahteraan psikologi guru di sekolah secara holistik. Implikasi kajian ini membuka ruang kepada sekolah dan guru untuk melaksanakan penilaian secara kendiri dan organisasi sekolah keseluruhannya.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectTeachers -- Job stress -- Malaysiaen_US
dc.subjectTeachers -- Mental health -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembinaan instrumen organisasi sekolah sejahtera (i-OS) dalam pengukuran kesejahteraan psikologi holistik guru di organisasi sekolahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages386en_US
dc.identifier.callnoLB2840.2.C484 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007591en_US
dc.format.degreePh.Den_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembinaan instrumen organisasi sekolah sejahtera (i-OS) dalam pengukuran kesejahteraan psikologi holistik guru di organisasi sekolah.pdf
  Restricted Access
Full-text6.54 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.