Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780473
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhadijah Abdul Razak, Dr.en_US
dc.contributor.advisorHafizhah Zulkifli, Dr.en_US
dc.contributor.authorNur Aida Muhammad (P96864)en_US
dc.date.accessioned2025-09-11T07:40:48Z-
dc.date.available2025-09-11T07:40:48Z-
dc.date.issued2024-08-15-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780473-
dc.description.abstractPeranan guru dilihat semakin hari semakin kompleks. Pelbagai perubahan dinamik yang berlaku dalam sistem pendidikan untuk melahirkan modal insan yang kompeten dan produktif menuntut guru sentiasa komited dalam melaksanakan pengajaran. Walau bagaimanapun, isu berkaitan pengajaran guru yang tidak melaksanakan pedagogi yang tepat masih diperkatakan. Guru juga dikatakan tidak dapat melaksanakan pengajaran dengan baik disebabkan oleh iklim sekolah yang kurang kondusif. Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap komitmen kerja, tahap iklim sekolah dan tahap pengimplementasian pengajaran guru Pendidikan Islam (GPI) sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Malaysia. Kajian ini juga menganalisis perbezaan ketiga-tiga pemboleh ubah berdasarkan faktor demografi, hubungan antara pembeoleh ubah serta pengaruh komitmen kerja dan iklim sekolah terhadap pengimplementasian pengajaran GPI di bilik darjah. Seramai 454 orang GPI yang berkhidmat di SMK di Malaysia dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap komitmen kerja GPI berada pada tahap tinggi, iklim sekolah berada pada tahap tinggi dan pengimplementasian pengajaran berada pada tahap tinggi. Analisis MANOVA mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi ketiga-tiga pemboleh ubah berdasarkan faktor jantina, lokasi sekolah dan tempoh perkhidmatan. Seterusnya, ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara komitmen kerja dengan pengimplementasian pengajaran dengan kekuatan kuat (r=0.660), hubungan positif yang signifikan antara iklim sekolah dengan pengimplementasian pengajaran dengan kekuatan sederhana (r=0.463) dan wujud hubungan positif yang signifikan antara iklim sekolah dengan komitmen kerja dengan kekuatan sederhana (r=0.561). Hasil ujian regresi berganda menunjukkan komitmen kerja menyumbang sebanyak 43.6% dan iklim sekolah sebanyak 1.2% kepada pengimplementasian pengajaran. Hasil ujian regresi berganda juga mendapati bahawa tujuh daripada sembilan faktor menjadi faktor peramal kepada pengimplementasian pengajaran di mana komitmen terhadap profesion menjadi penyumbang terbesar kepada pengimplementasian pengajaran. Kajian ini memberi implikasi kepada pihak berkepentingan bahawa penekanan kepada komitmen kerja khususnya pada dimensi komitmen terhadap profesion adalah kritikal untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran GPI. Penganjuran latihan yang berfokus kepada mengoptimumkan komitmen kerja dan peningkatan kualiti pengajaran dari aspek kualiti intelektual juga boleh dilaksanakan melalui Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) di samping menggalakkan GPI melibatkan diri dengan PLC secara konsisten. Hal ini bagi memastikan kelestarian kualiti pengajaran GPI di bilik darjah.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectIslamic religious education -- Study and teaching -- Malaysiaen_US
dc.subjectIslamic education -- Study and teaching -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengaruh komitmen kerja dan iklim sekolah terhadap pengimplementasian pengajaran guru Pendidikan Islam sekolah menengah di Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages383en_US
dc.identifier.callnoLC910.M4N847 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007589en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengaruh komitmen kerja dan iklim sekolah terhadap pengimplementasian pengajaran guru pendidikan Islam sekolah menengah di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text2.48 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.