Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780472
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorHarun Baharudin, Prof.Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorHaryati Yaacob (P103303)en_US
dc.date.accessioned2025-09-11T07:35:05Z-
dc.date.available2025-09-11T07:35:05Z-
dc.date.issued2024-08-15-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780472-
dc.description.abstractKemahiran bertutur merupakan kemahiran penting dalam pembelajaran bahasa. Dalam konteks kemahiran bertutur, Pelajar Debat Bahasa Arab mempunyai kemahiran bertutur bahasa Arab yang tinggi sehingga menyebabkan mereka dipilih mewakili institut pendidikan tempat mereka belajar. Maka, kajian ini dijalankan bertitik tolak daripada pencapaian kemahiran bertutur pelajar masih berada di tahap yang kurang memuaskan. Walhal, pembelajaran kemahiran bertutur telah dipelajari dan dipraktikkan dari sekolah rendah lagi. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka strategi pembelajaran Pelajar Debat Bahasa Arab dalam kemahiran bertutur dan meneroka strategi pembelajaran Pelajar Debat Bahasa Arab menguasai kosa kata dalam kemahiran bertutur. Dua persoalan kajian telah digariskan iaitu i) Bagaimanakah strategi pembelajaran Pelajar Debat Bahasa Arab dalam kemahiran bertutur dan ii) Bagaimanakah strategi pembelajaran Pelajar Debat Bahasa Arab menguasai kosa kata dalam kemahiran bertutur? Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes tunggal (single case study) dengan pendekatan kualitatif sepenuhnya. Seramai tujuh peserta kajian Pelajar Debat Bahasa Arab ditemu bual untuk mendapatkan data. Dalam masa yang sama data disokong dengan menjalankan triangulasi dalam kaedah dan triangulasi antara kaedah iaitu temu bual dan analisis dokumen. Peserta PDBA dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan (pursposive sampling) merupakan peserta yang terlibat dalam pertandingan dalam negara dan luar negara. Pemilihan peserta berdasarkan kriteria yang ditetapkan pengkaji. Dapatan kajian mendapati tiga kategori utama untuk menjawab persoalan pertama kajian, iaitu i) Strategi penguasaan struktur ayat dengan 6 subtema ii) Strategi pencarian maklumat dengan 3 subtema dan iii) Strategi ulang sebut frasa ayat dengan 6 subtema. Manakala, terdapat empat kategori utama bagi menjawab persoalan kedua kajian, iaitu i) Strategi pemahaman kosa kata dengan 1 subtema ii) Strategi mempraktik kosa kata dengan 6 subtema iii) Strategi mengingat kosa kata dengan 1 subtema dan iv) Strategi pemerolehan sumber kosa kata dengan 5 subtema. Implikasi kajian terhadap teori, strategi pembelajaran dalam kemahiran bertutur dan strategi pembelajaran penguasaan kosa kata dalam kemahiran bertutur serta pihak berkepentingan dibincang bagi menyokong pembentukan kerangka strategi pembelajaran PDBA dalam kemahiran bertutur. Implikasi ini diharapkan menjadi panduan pelajar dalam pembelajaran, bagi meningkatkan pencapaian mereka dalam kemahiran bertutur sebagaimana yang dihasratkan KPT.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectArabic language -- Study and teaching -- Malaysiaen_US
dc.subjectArabic language -- Study and teaching (Higher) -- Foreign speakersen_US
dc.subjectSecond language acquisitionen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleStrategi pembelajaran pelajar debat bahasa Arab dalam kemahiran bertuturen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages333en_US
dc.identifier.callnoPJ6068.M3H347 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007588en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Strategi pembelajaran pelajar debat bahasa Arab dalam kemahiran bertutur.pdf
  Restricted Access
Full-text4.05 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.