Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780471
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorBity Salwana Alias, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorAzlin Norhaini Mansor, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorWirda Nawawi @ Mohamed Nawawi (P108820)en_US
dc.date.accessioned2025-09-11T07:34:16Z-
dc.date.available2025-09-11T07:34:16Z-
dc.date.issued2024-08-13-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780471-
dc.description.abstractGuru dan pemimpin sekolah merupakan penggerak utama di peringkat sekolah untuk keberhasilan murid. Pemimpin sekolah bukan sekadar memimpin pentadbiran, tetapi mereka juga merupakan pemimpin instruksional yang perlu memberikan tumpuan kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing-masing. Kepimpinan sekolah yang mantap terbukti sangat diperlukan bagi meningkatkan pencapaian murid secara signifikan. Guru pula perlu lebih berusaha untuk meningkatkan tahap profesionalisme mereka dengan sentiasa memperbaharui kemahiran mereka agar dapat memberi sentuhan inovasi kepada amalan kebiasaan dan seterusnya menyesuaikan diri dengan transformasi pesat abad ke-21 ini. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepemimpinan dan kepimpinan teknologi dalam kalangan pengetua serta tahap pengintegrasian teknologi dalam pengajaran guru di sekolah. Kajian ini turut mengkaji hubungan amalan kepemimpinan dan kepimpinan teknologi dengan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran guru di sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui pendekatan kuantitatif sepenuhnya dengan mentadbir soal selidik soalan tertutup. Selaras dengan pendekatan kajian kuantitatif yang dilakukan, maka pensampelan rawak pelbagai peringkat adalah teknik yang dipilih oleh pengkaji. Teknik persampelan pelbagai peringkat yang dimaksudkan merangkumi teknik pensampelan rawak kelompok bagi menentukan jumlah guru berdasarkan negeri dan juga teknik pensampelan rawak mudah bagi pemilihan guru di setiap negeri. Seramai 492 orang guru SMK di zon tengah Semenanjung Malaysia (Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya) telah dipilih sebagai responden kajian ini. Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa amalan kepemimpinan dan kepimpinan teknologi pengetua serta pengintegrasian teknologi dalam pengajaran guru di sekolah secara keseluruhannya berada pada tahap sangat tinggi. Seterusnya, ujian MANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi amalan kepemimpinan dan kepimpinan teknologi pengetua berdasarkan pengalaman menjadi pengetua namun terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan bilangan kursus ICT yang dihadiri. Analisis PLS-SEM pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepemimpinan pengetua dengan amalan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran guru di sekolah. Hubungan yang signifikan juga wujud antara amalan kepimpinan teknologi pengetua dengan amalan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran guru di sekolah. Nilai Beta yang ditunjukkan pada standard coefficient menunjukkan bahawa semua dimensi dalam konstruk kepemimpinan dan kepimpinan teknologi pengetua merupakan faktor peramal dalam menggalakkan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran guru di sekolah. Analisis model laluan turut menunjukkan bahawa kepimpinan teknologi memainkan peranan selaku moderator bagi hubungan antara amalan kepemimpinan pengetua dan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran guru di sekolah pada tahap kuat. Kajian ini membuktikan bahawa amalan kepimpinan dan kepimpinan teknologi dalam kalangan pengetua sememangnya mempengaruhi amalan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran guru di sekolah. Kesimpulannya, elemen kepemimpinan dan kepimpinan teknologi dalam kalangan pengetua merupakan elemen pengurusan yang perlu dititik beratkan oleh pihak KPM dalam usaha meningkatkan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran guru di sekolah.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectSchool principals -- Malaysia -- Attitudesen_US
dc.subjectSchool management and organization -- Malaysiaen_US
dc.subjectEducational leadership -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleAmalan kepemimpinan dan kepimpinan teknologi pengetua serta pengaruhnya terhadap pengintegrasian teknologi dalam pengajaran guru di sekolah zon tengah Semenanjung Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages351en_US
dc.identifier.callnoLB2831.926.M4W537 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007587en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.