Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780470
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSiti Mistima Maat, Prof.Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorMuhammad Sofwan Mahmud, Dr.en_US
dc.contributor.authorAbdul Fattah Mat Nang (P109333)en_US
dc.date.accessioned2025-09-11T07:33:26Z-
dc.date.available2025-09-11T07:33:26Z-
dc.date.issued2024-08-16-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780470-
dc.description.abstractStandard Guru Malaysia 2.0 menjelaskan salah satu dimensi kompetensi dalam membangunkan modal insan kelas pertama adalah instruksional guru matematik. Amalan merancang PdP dan melaksanakan PdP menjadi asas kepada pengajaran guru matematik yang berkualiti. Namun begitu, isu keciciran murid menjadi penghalang kepada keberkesanan kualiti pengajaran matematik terutama selepas pandemik. Oleh itu, keupayaan pemboleh ubah gaya kepimpinan, iklim sekolah, efikasi kendiri, tahap teknostres serta demografi guru matematik dilihat mempengaruhi isu ini. Justeru, satu kajian menggunakan reka bentuk kaedah gabungan penjelasan berurutan telah dilaksanakan secara 2 fasa. Fasa 1 melibatkan pengujian pemboleh ubah pada peringkat bawah iaitu pemboleh ubah efikasi kendiri, tahap teknostres dan demografi guru matematik dengan kualiti pengajaran guru matematik di sekolah rendah. Seterusnya, kajian diteruskan dengan menganalisis hubungan secara silang aras yang melibatkan hubungan pemboleh ubah pada peringkat atas iaitu gaya kepimpinan instruksional dan iklim sekolah dengan kualiti pengajaran guru matematik. Di samping itu, kajian ini turut menguji hubungan pemboleh ubah pengantara efikasi kendiri dan tahap teknostres bagi hubungan antara pemboleh ubah gaya kepimpinan instruksional dan iklim sekolah dengan kualiti pengajaran guru matematik. Seramai 382 orang guru matematik dari 70 buah sekolah rendah harian di Negeri Terengganu dipilih menggunakan pensampelan berstrata berkadaran dan pensampelan rawak mudah. Data temu bual pula dikumpul daripada lima orang ketua panitia matematik yang dipilih menggunakan pensampelan bertujuan pada Fasa 2. Proses kesahan konstruk instrumen dilaksanakan menggunakan model pengukuran Rasch. Analisis diteruskan dengan pengendalian dan pengujian taburan data, prosedur agregat, analisis univariat dan bivariat, pembangunan model kajian, dan analisis tematik. Data kajian dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 28.0 dan perisian Hierarchical Linear Modeling (HLM) versi 7.0. Manakala, pengujian hubungan pemboleh ubah pengantara disahkan dengan menggunakan ujian Monte Carlo Bootstrapping. Analisis secara peringkat bawah menunjukkan efikasi kendiri, tahap teknostres dan jantina mempunyai hubungan dengan kualiti pengajaran guru Matematik. Dapatan secara silang aras pula menunjukkan gaya kepimpinan instruksional pada peringkat atas merupakan faktor peramal yang lebih dominan berbanding iklim sekolah terhadap hubungan dengan kualiti pengajaran guru Matematik. Seterusnya, terdapat kesan pengantara separa efikasi kendiri dan tahap teknostres. Dapatan temu bual turut menyokong dapatan kajian kuantitatif. Temu bual secara berstruktur menunjukkan, ketua panitia menerima dorongan daripada guru besar dan rakan guru dalam mewujudkan iklim sekolah yang selesa. Implikasinya, penggubal dan pelaksana dasar dapat merancang strategi efisien dengan menyediakan latihan berterusan dan berfokus kepada peningkatan kualiti pengajaran guru matematik. Kesimpulannya, guru matematik perlu mempunyai efikasi kendiri yang positif, tekanan menghadapi teknologi yang rendah untuk menghasilkan kualiti pengajaran matematik yang baik. Bahkan gaya kepimpinan instruksional guru besar dan iklim sekolah juga perlu diberi perhatian agar pengajaran guru matematik dapat ditambah baik.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMathematics -- Study and teaching (Primary) -- Malaysiaen_US
dc.subjectMathematics teachers -- Training of.en_US
dc.subjectEffective teachingen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleHubungan berperingkat gaya kepimpinan instruksional, iklim sekolah, efikasi kendiri, tahap teknostres dan demografi guru terhadap kualiti pengajaran guru matematik sekolah rendahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages356en_US
dc.identifier.callnoQA14.M35 A244 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007586en_US
dc.format.degreePh.Den_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.