Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780465
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRosseni Din, Prof. Madya Ts. Dr.en_US
dc.contributor.authorAmillia Amid (P92433)en_US
dc.date.accessioned2025-09-11T07:03:03Z-
dc.date.available2025-09-11T07:03:03Z-
dc.date.issued2024-08-01-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780465-
dc.description.abstractMassive Open Online Course (MOOC) dalam pendidikan merupakan satu inovasi pembelajaran dan pengajaran alaf baharu yang semakin diterima di universiti kerana kelebihannya yang membenarkan kursus yang ditawarkan diakses secara terbuka dan percuma secara dalam talian. Namun kajian terdahulu dalam bidang ini terutama di IPT masih tidak jelas dan memerlukan kepada kajian yang berterusan. Penerimaan dan penggunaan MOOC oleh pengguna seperti pelajar ditentukan oleh beberapa faktor. Faktor tersebut mendorong penerimaan dan penggunaan terhadap MOOC dan perlu diketahui bagi menggalakkan serta mempertingkatkan penggunaan MOOC terutama di IPT. Objektif kajian ini adalah membangunkan model penerimaan dan penggunaan MOOC dan mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penerimaan dan penggunaan pelajar terhadap teknologi ini berasaskan integrasi konstruk daripada faktor penerimaan dan penggunaan Extended Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT2), konstruk ‘inovasi peribadi’ daripada sifat peribadi Personality Traits serta dua moderator iaitu ‘gaya pembelajaran’ dan ‘pengalaman’. Pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik tadbiran sendiri digunakan bagi pengumpulan data. Kajian melibatkan pelajar daripada empat buah universiti awam di sekitar Lembah Klang dalam tempoh enam bulan (September 2019 hingga Februari 2020). Sejumlah 218 (86%) soal selidik diterima kembali dan dianalisis. Perisian SPSS versi 20 digunakan untuk analisis deskriptif bagi data demografi. PLS-SEM pula digunakan untuk menganalisis dan mengesahkan model penerimaan dan penggunaan MOOC melalui perisian SmartPLS versi 3.2.7. PLSSEM juga digunakan untuk analisis moderator bagi menentukan moderator dalam kajian ini. Hasil analisis menunjukkan sepuluh konstruk menghasilkan hubungan yang signifikan dan keseluruhan model penerimaan dan penggunaan MOOC menunjukkan penerimaan pelajar dan peggunaan terhadap MOOC adalah pada tahap yang sederhana. Analisis menunjukkan konstruk ‘jangkaan prestasi’, ‘jangkaan usaha’, ‘pengaruh sosial’, ‘keadaan yang memudahkan’, ‘motivasi hedonik’, ‘tabiat’, dan ‘inovasi peribadi’ dalam domain teknologi maklumat (IT) mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap penerimaan dan penggunaan MOOC dalam kalangan pelajar universiti. Bagaimanapun, keadaan yang memudahkan tidak mempunyai pengaruh positif yang signifikan terhadap penerimaan MOOC. Semua hubungan dengan penerimaan dan penggunaan MOOC tidak disederhanakan oleh moderator pengalaman, dan semua hubungan dengan penerimaan dan penggunaan MOOC tidak disederhanakan oleh moderator gaya pembelajaran. Namun, hubungan antara tabiat dan penggunaan MOOC disederhanakan oleh moderator gaya pembelajaran. Hasil kajian ini dapat membantu penyelidik dan pembuat polisi mengetahui konstruk utama yang perlu dipertimbangkan semasa proses reka bentuk teknologi MOOC supaya implementasi teknologi ini dapat diterima oleh pelajar secara meluas pada masa hadapan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMOOCs (Web-based instruction)en_US
dc.subjectEducational technology -- Malaysiaen_US
dc.subjectInternet in education -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleFaktor penerimaan dan penggunaan MOOC dalam kalangan pelajar universiti awam di Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”en_US
dc.format.pages329en_US
dc.identifier.callnoLB1044.87.A4653 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007676en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Faktor penerimaan dan penggunaan MOOC dalam kalangan pelajar universiti awam di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Partial2.92 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.