Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780463
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLilia Halim, Prof. Datin Dr.en_US
dc.contributor.advisorNurfaradilla Mohamad Nasri, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorChan, Mee Yeang (P97110)en_US
dc.date.accessioned2025-09-11T06:57:14Z-
dc.date.available2025-09-11T06:57:14Z-
dc.date.issued2024-10-22-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780463-
dc.description.abstractKesan perubahan iklim menjejaskan semua sektor ekonomi dan sosial negara terutamanya sektor pertanian, perladangan, perikanan, air dan sanitasi, kesihatan, pendidikan, dan infrastruktur negara. Kesan perubahan iklim boleh ditangani dengan mengubah tingkah laku masyarakat. Pelajar memainkan peranan dalam mitigasi terhadap perubahan iklim dengan mengamalkan tingkah laku memulihara alam sekitar (PEB). Pendidikan dilihat sebagai salah satu platform yang berkesan untuk mengubah tingkah laku seseorang individu. Berdasarkan gabungan Teori Tingkah laku Terancang (TPB), Teori Sosial Kognitif (SCT) dan Teori Nilai-Kepercayaan-Norma (VBN), faktor-faktor yang dihipotesiskan menyumbang kepada tingkah laku pemuliharaan alam sekitar pelajar adalah faktor persekitaran pembelajaran, kognitif dan afektif. Objektif kajian ini adalah untuk mencadangkan dan mengesahkan model hipotetikal sumbangan faktor-faktor persekitaran pembelajaran, kognitif, dan afektif yang mempengaruhi niat untuk bertingkah laku dalam memulihara alam sekitar melibatkan sampel pelajar tingkatan dua sekolah menengah. Reka bentuk tinjauan rentas silang bagi tujuan ini. Sebanyak 25 pakar daripada pelbagai bidang telah membantu mengesahkan instrumen soal selidik yang dibangunkan dengan menggunakan teknik Fuzzy Delphi. Ujian Exploratory Factor Analysis (EFA) dan Confirmatory Factor Analysis (CFA) juga dijalankan untuk kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. Jumlah sampel yang diuji adalah sebanyak n=799 pelajar tingkatan 2 yang dipilih melalui gabungan prosedur persampelan iaitu persampelan bertujuan yang dibahagikan mengikut kluster, persampelan rawak mudah dan pensampelan berstrata. Data kemudiannya dianalisis SEM-AMOS untuk kesahan hipotesis model. Dapatan kajian adalah menunjukkan terdapat sumbangan dan korelasi positif yang signifikan antara laluan persekitaran pembelajaran → faktor kognitif → faktor afektif → niat tingkah laku memulihara alam sekitar. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa sumbangan variasi peramal persekitaran pembelajaran kepada faktor kognitif dalam model persamaan struktur adalah sebanyak 33%, pemboleh ubah kognitif pula menunjukkan sumbangan variasi 39% terhadap faktor afektif serta faktor peramal afektif terhadap niat untuk memulihara alam sekitar pula menunjukkan sumbangan yang tinggi iaitu sebanyak 71%. Hasil analisis model juga menunjukkan bahawa faktor kognitif dan juga faktor afektif memainkan peranan sebagai pengantara bersiri antara faktor persekitaran pembelajaran dengan niat untuk memulihara alam sekitar. Implikasi praktikal kajian adalah terhadap polisi pendidikan perubahan iklim, pembangunan kurikulum Sains, latihan guru, dan sekolah.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectEnvironmental educationen_US
dc.subjectClimate change mitigationen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleModel sumbangan faktor persekitaran pembelajaran, kognitif dan afektif terhadap niat untuk tingkah laku pemuliharaan alam sekitar untuk mitigasi perubahan iklimen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages357en_US
dc.identifier.callnoLC239.C483 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007674en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.