Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780461
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamisah Osman, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorHazrati Husnin, Dr.en_US
dc.contributor.authorIsra Khasyyatillah (P106450)en_US
dc.date.accessioned2025-09-11T06:45:12Z-
dc.date.available2025-09-11T06:45:12Z-
dc.date.issued2024-10-07-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780461-
dc.description.abstractIsu kekurangan tenaga merupakan cabaran global yang memerlukan perhatian dan tindakan. Pelajar generasi terkini perlu diberi latihan dalam literasi tenaga untuk membuat pilihan bijak berkaitan krisis ini. Pendekatan dan alat pengajaran yang berkesan sangat diperlukan terutamanya yang berasaskan Pemikiran Komputasional (PK), mengingat kompleksiti isu tenaga ini. Namun, keberkesanan pendekatan ini bergantung kepada disposisi atau kecenderungan pelajar untuk menggunakan pemikiran komputasional dalam menyelesaikan masalah. Aplikasi mudah alih CT-RE dibangunkan dalam kajian ini dan diukur keberkesanannya terhadap literasi tenaga dan disposisi PK pelajar serta kesan jantina terhadap kedua-dua pemboleh ubah utama tersebut. Kajian pembangunan dan keberkesanan aplikasi mudah alih CT-RE ini berasaskan kaedah penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR). Reka bentuk kajian kuasi eksperimen ujian pra-pasca kumpulan kawalan tidak setara juga telah digunakan untuk menilai keberkesanan aplikasi mudah alih terhadap literasi tenaga dan disposisi PK. Kajian ini melibatkan seramai 60 pelajar yang dibahagikan kepada kumpulan rawatan (n=30) dan kawalan (n=30). Aplikasi mudah alih CT-RE digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kumpulan rawatan, manakala kaedah konvensional digunakan untuk kumpulan kawalan. Instrumen kajian melibatkan soal selidik literasi tenaga dan soal selidik disposisi PK. Data dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi. Hasil analisis MANOVA dua hala menunjukkan bahawa kumpulan mempunyai kesan utama yang signifikan terhadap literasi tenaga dan disposisi PK pelajar. Kesan utama jantina signifikan untuk konstruk sikap dan tingkah laku literasi tenaga dan afektif dan konatif disposisi PK tapi tiada kesan interaksi jantina dan kumpulan terhadap literasi tenaga dan disposisi PK. Di samping itu, analisis MANOVA pengukuran berulang menunjukkan kesan masa yang signifikan terhadap literasi tenaga, tetapi tidak ada kesan masa yang signifikan terhadap disposisi PK. Akhirnya, kajian ini memberi implikasi bahawa mengintegrasikan pendidikan literasi tenaga ke dalam pendidikan sains menggunakan elemen PK melalui alat seperti aplikasi mudah alih CT-RE bukan sahaja meningkatkan literasi tenaga pelajar tetapi juga mendorong penerapan PK dalam penyelesaian masalah. Dalam pada itu, pereka bahan pengajaran perlu menekankan pengetahuan praktikal yang menggalakkan penjimatan tenaga serta membangunkan sumber pengajaran yang menarik.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMobile communication systems in educationen_US
dc.subjectEducational technologyen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembangunan dan keberkesanan aplikasi mudah alih CT-RE terhadap literasi tenaga dan disposisi pemikiran komputasional pelajar Tingkatan 4en_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages396en_US
dc.identifier.callnoLB1044.84.K483 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007663en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.