Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780448
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhadijah Abdul Razak, Dr.en_US
dc.contributor.authorAhmad Asfahani Bashiron (P109371)en_US
dc.date.accessioned2025-09-09T07:59:23Z-
dc.date.available2025-09-09T07:59:23Z-
dc.date.issued2025-02-20-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780448-
dc.description.abstractPelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) diperkenalkan pada tahun 2018 untuk menggantikan sistem peperiksaan di sekolah rendah. Walaupun demikian, perubahan ini masih menimbulkan kerisauan dalam kalangan guru, terutamanya berkaitan pengetahuan guru yang mempengaruhi kekangan mereka semasa melaksanakan PBD. PBD berperanan sebagai satu bentuk pentaksiran holistik yang menyeluruh dan bermakna untuk menilai penguasaan murid terhadap sesuatu mata pelajaran. Faktor-faktor seperti pengetahuan dan amalan guru turut mempengaruhi dalam pelaksanaan PBD. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan pengetahuan, kekangan dan amalan dalam pelaksanaan PBD Guru Pendidikan Islam (GPI) sekolah rendah. Terdapat empat objektif kajian, iaitu: i) mengenal pasti tahap pelaksanaan PBD dalam kalangan GPI, ii) mengkaji perbezaan dalam tahap pelaksanaan PBD berdasarkan jantina dan tempoh pengalaman mengajar, serta iii) mengenal pasti hubungan di antara tahap pelaksanaan PBD dengan tempoh pengalaman mengajar dan iv) mengenal pasti hubungan tahap pengetahuan dan kekangan dengan amalan GPI dalam pelaksanaan PBD. Kajian ini menggunakan soal selidik yang melibatkan 166 GPI sekolah rendah di daerah Petaling Perdana, Selangor. Data dianalisa menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) version 25 secara deskriptif dan inferensi untuk mencapai objektif kajian. Dapatan analisa skor min secara turutan menunjukkan kesemua konstruk pengetahuan (min=4.312), amalan (min=4.081) dan kekangan (min=4.050) pelaksanaan PBD berada pada tahap yang tinggi. Ujian T-tidak bersandar mendapati tiada perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina tetapi sebaliknya ujian Anova menunjukkan perbezaan berdasarkan tempoh pengalaman mengajar. Hasil analisa Korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif dan tinggi antara pengetahuan dengan amalan pelaksanaan PBD, namun tiada hubungan antara kekangan dan amalan. Implikasi kajian ini menekankan kepentingan sokongan pihak atasan terhadap peningkatan pengetahuan GPI dalam pelaksanaan PBD. GPI yang berpengetahuan dan berpengalaman berpotensi untuk memperkasakan pelaksanaan PBD dengan lebih efektif dan efisen melalui kerjasama holistik dengan pihak berkuasa yang relevan seperti Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectEducational evaluationen_US
dc.subjectEducational tests and measurementsen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah rendahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages143en_US
dc.identifier.callnoLB2822.75.A376 2025 tesisen_US
dc.identifier.barcode007656en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pelaksanaan pentaksiran bilik darjah dalam kalangan guru pendidikan Islam sekolah rendah.pdf
  Restricted Access
Full-text1.91 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.