Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780313
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Salwina Wan Ismail, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorNoorlaili Mohd Tohit, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorMohammad Nazir Ahmad, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorNorazlin Kamal Nor, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorMohd Akif Farhan Ahmad Basri (P111101)en_US
dc.date.accessioned2025-08-26T06:26:55Z-
dc.date.available2025-08-26T06:26:55Z-
dc.date.issued2025-08-25-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780313-
dc.description.abstractKesukaran komunikasi sosial merupakan cabaran besar buat belia Kecelaruan Spektrum Autism tahap 1 (ASD-T1). Antara teknik yang terbukti berkesan dalam latihan skil komunikasi sosial ialah teknik kognitif dan tingkah laku. Cabaran mengaplikasikan teknik ini dalam latihan skil komunikasi sosial ialah kesukaran belia ASD-T1 memahami konsep kognitif yang abstrak serta kekurangan tenaga pakar yang terlatih di Malaysia. Maka, intervensi berasaskan video seperti pemodelan video (VM) dan realiti maya berasaskan video sfera (SVVR) dilihat mampu mengatasi cabaran ini. Kajian ini fokus kepada reka bentuk, pembangunan dan penilaian modul latihan skil komunikasi sosial dalam kalangan belia ASD-T1 di Malaysia menggunakan VM dan SVVR. Kajian dijalankan dalam empat fasa, iaitu i) fasa analisis keperluan, ii) reka bentuk, iii) pembangunan, serta iv) implementasi dan penilaian. Dalam fasa pertama, teknik temu bual mendalam digunakan untuk meneroka pandangan 13 belia ASD-T1, 7 ibu bapa dan 6 pakar mengenai item keperluan modul dari apsek kesukaran komunikasi sosial dan teknik kognitif tingkah laku. Dapatan ini dibawa ke fasa seterusnya, di mana 10 orang pakar menilai tahap persetujuan dan keutamaan setiap item untuk dimasukkan dalam modul menggunakan metod fuzzy delphi. Item yang melepasi kriteria dijadikan kerangka asas bagi pembangunan modul menggunakan VM dan SVVR dalam fasa seterusnya. Penilaian kebolehlaksanaan penyampaian modul diteroka menggunakan temu bual semi-struktur bersama 10 belia ASD-T1 dan 5 pakar. Dapatan menunjukkan penyampaian melalui VM adalah mudah difahami, praktikal dan memberikan perspektif pelbagai. Penyampaian melalui SVVR dianggap imersif tetapi kurang interaktif. Dalam fasa akhir, kajian rintis menggunakan eksperimen kuasi digunakan untuk menilai kesan modul latihan terhadap kesukaran komunikasi sosial dalam kalangan 24 belia ASD-T1. Dapatan menunjukkan penambahbaikan yang signifikan bagi skor kesukaran komunikasi sosial, p = .002, r = 0.64. Kajian ini memberikan dapatan awal mengenai potensi keberkesanan modul latihan skil komunikasi sosial dengan saiz kesan yang besar, serta menunjukkan potensi VM dan SVVR untuk intervensi belia ASD-T1 dengan penekanan khusus tentang fungsi, objektif dan aplikasinya.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectPublic healthen_US
dc.subjectPsychiatryen_US
dc.subjectResearchen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleReka bentuk, pembangunan dan penilaian modul skil komunikasi sosial menggunakan pemodelan video dan realiti maya dalam kalangan belia autisme tahap 1 di Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages348en_US
dc.format.degreeIjazah Doktor Falsafahen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.